Rabu lalu, polis menahan Pegawai Kader Jakim, Dr.Zamihan Mat Zin yang juga Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur ketika memberi keterangan mengenai ceramahnya yang mengkritik Sultan Johor, dalam satu ceramahnya di Shah Alam, Ahad lalu.
Dia direman bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan selama dua hari mulai Khamis. Memetik laporan Malay Mail Online, bertitah pada Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kali ke-17 hari ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengulas tindakan Dr.Zamihan yang mengkritik baginda mengenai isu dobi muslim di Muar, Johor.
“Beberapa orang mufti dan pakar agama telah keluarkan pandangan dan hujah mereka berkaitan perkara ini, namun malangnya ada pula seorang penceramah bernama Ustaz Zamihan Mat Zin yang mengkritik tindakan saya dan memperlekeh mufti-mufti tersebut." “Gaya cakapnya sangat angkuh dan sombong, seolah-olah dia sahaja yang betul dan mencerca bangsa lain. Saya anggap dia hanya seperti tin kosong yang tidak ada otak." Baginda bertitah, apabila dikecam mengenai perkara itu, Zamihan kemudian menafikan ada menyebutnya. “Nampaknya ustaz ini dah pandai berbohong pula, macam mana kita nak belajar dengan dia. Jangan nak temberang dengan saya, lepas ini cukuplah berceramah depan cermin sahaja untuk kenal diri sendiri." “Kalau betul dia penceramah Jakim saya tidak tahu dari mana Jakim pungut dia. Selepas ini juga saya mengarahkan Jainj tidak perlu lagi buang masa berurusan dengan Jakim,” titah baginda. Pada masa sama, Sultan Ibrahim bertitah, baginda tidak mahu memanjangkan isu itu dan telah memaafkan Zamihan.- CARI |
30
Bagus |
34
Marah |
39
Terkejut |
33
Sedih |
34
Lawak |
35
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cmf_BeachBoys replied at 15-10-2017 12:03 AM
Korang rasa antara zamihan dengan sultan johor, siapa yang lebih layak bercakap pasal agama?
cmf_BeachBoys replied at 14-10-2017 04:03 PM
Korang rasa antara zamihan dengan sultan johor, siapa yang lebih layak bercakap pasal agama?
cmf_BeachBoys replied at 14-10-2017 06:17 PM
Bila dah tau sape yang bodoh pasal agama, kita buat poster dan viralkan ke seluruh dunia.amacam??
cmf_BeachBoys replied at 15-10-2017 12:03 AM
Korang rasa antara zamihan dengan sultan johor, siapa yang lebih layak bercakap pasal agama?
cmf_BeachBoys replied at 15-10-2017 02:16 AM
Tak pun panggil ulama2 besar datang ke Malaysia dan uji ilmu agama sultan johor dan zamihan...Kita t ...
kibodwatriuh replied at 14-10-2017 02:45 PM
zamihan ni bukan bela jin?
ADVERTISEMENT