CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Temui Ratusan Lipas Dalam Pesawat, Tahap Kebersihan Menjadi Persoalan?

16-10-2017 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6209| Komen: 28


sumber : internet


Baru-baru ini Jabatan Pencegahan Wabak di pintu masuk Lapangan Terbang Kunming, China mendedahkan kapal terbang yang memasuki ke Kunming didapati mempunyai lipas di bahagian enjin pesawat. 

Memetik laporan BoardingArea, hasil pemeriksaan sebanyak dua kali, bilangan lipas yang ditemui dianggarkan melebihi 100 ekor.
 
Anggota unit pencegahan wabak kemudian segera menutupnya untuk menjalankan kerja-kerja pemyemburan ubat pembunuh serangga. 

Sementara itu, jabatan tersebut dikatakan telah bertemu pengurusan Syarikat penerbangan terbabit dan mengarahkan kerja-kerja kawalan dan pemantauan kebersihan di dalam pesawat dipertingkatkan. 

Walaupun pihak berkuasa tidak mendedahkan nama syarikat terbabit dan maklumat berhubung penerbangannya, namun rata-rata menjangkakan pesawat yang menemui lipas adalah merupakan penerbangan dalam negeri.

Difahamkan, lipas yang ditemui dalam pesawat itu telah disahkan merupakan "Lipas Jerman". 

Lebih 200 jenis virus yang boleh tersebar melalui jenis lipas tersebut antaranya bakteria Salmonella, bakteria streptococci, bakteria coliform dan lain-lain bakteria yang boleh mengakibatkan cirit-birit serta barah usus. 

Ianya juga mempunyai potensi menular penyakit-penyakit seperti batuk kering, polio, taun dan kepialu.

Lipas Jerman itu juga berkemungkinan menggigit barangan dalam enjin pesawat sehingga mengakibatkan pelbagai masalah terhadap keselamatan penerbangan seperti gangguan talian ketika penerbangan, litar pintas, menjejaskan kuasa elektrik, telekomunikasi dan sisitem penerbangan.- CARI
3

Bagus
6

Marah
12

Terkejut
5

Sedih
9

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 16-10-2017 08:58 PM
Cockroach on a plane!
Quote mummyAS91 16-10-2017 09:49 PM
ngerinya...bile dah bnyak macam tu
Quote BlackCarnival 16-10-2017 11:11 PM
Woah...surrender aku dgn lipas...pantang sungguh aku, lagi2 jenis yg tetibe nk terbang tu...jahanam btol r
Quote SecretLuv 17-10-2017 12:20 AM
Wow. Geliiiii..
Quote Orix 17-10-2017 01:05 AM
Curlasttt lipas skrg pun nk travel hurkeh! {:smile
Quote kelana36 17-10-2017 01:25 AM
lipas tu biasa...  tikus pun ada ..

bayangkan beratus  orang makan dalam plane tu, pastu ada yang jenis suka sepah berterabur atas lantai cabin... suka la lipas..  SOP .. bila pesawat dah sampai ke destinasi, kena kosongkan semua galley , buang segala makanan yang tinggal..

kalau ada report nampak lipas... plane tu kena buat fumigation dulu sebelum continue flight.
perangkap tikus  umpan cheese pun I ve seen in the palne..



Quote Kak-Leen 17-10-2017 02:17 AM
Now everthing can fly{:handsome
Quote merrissa 17-10-2017 04:08 AM
euww pengotornya
Quote esteryen 17-10-2017 08:02 AM
BlackCarnival replied at 16-10-2017 11:11 PM
Woah...surrender aku dgn lipas...pantang sungguh aku, lagi2 jenis yg tetibe nk terbang tu...jahanam  ...

Same here!  Hahahas
Quote uori 17-10-2017 08:40 AM



okay, ni lawakk

Quote nisako 17-10-2017 08:47 AM
eeeiiiiiiiiiiiiiii
Quote orangpluto 17-10-2017 08:56 AM
Lipas ni paling boring time kite melabur...... Bile kne sembur air bkn lipas ni nk lari makin die merayap ke arah kite.....bau #$&(@: die minat kot.....
Quote MissVixen 17-10-2017 08:58 AM
kelana36 replied at 17-10-2017 01:25 AM
lipas tu biasa...  tikus pun ada ..

bayangkan beratus  orang makan dalam plane tu, pastu ad ...

Pernah ada kes pesawat tu rosak sebab kena gigit dengan binatang2 ni?
Quote umbut 17-10-2017 09:00 AM
Pantang aku jumpa lipas kat umah.. berlambak ubat gegat aku tabur..
Quote -electrifying- 17-10-2017 09:08 AM
ke ade org pedajal
Quote pasuoren 17-10-2017 09:13 AM
ni baru lipas..
ntah ntah ada pepijat lagi..
Quote puteribaya 17-10-2017 09:17 AM
BlackCarnival replied at 16-10-2017 11:11 PM
Woah...surrender aku dgn lipas...pantang sungguh aku, lagi2 jenis yg tetibe nk terbang tu...jahanam  ...

lipas kalu yg dah terbang tu bukan dipanggil lipas lagi..tapi dah dipanggil b*bi!!
Quote chinta89 17-10-2017 04:29 PM
aku pantang sgt ngn lipasssssssssssssss
Quote batmana 17-10-2017 09:36 PM
kelana36 replied at 17-10-2017 01:25 AM
lipas tu biasa...  tikus pun ada ..

bayangkan beratus  orang makan dalam plane tu, pastu ad ...

klu pesawat tempur pula byk lipas, cmnela agaknya

tgh nk fire,nmpk lipas lalu , opocot mak kau, terus tersalah tembak


Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.047199 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top