Orang Sweden Pakat Bertudung Tanda Solidariti August 23, 2013 Usah pelik jika mendapati ramai orang Sweden tiba-tiba mengenakan tudung kepala dan memuatnaik gambar tersebut di Twitter dan Instagram mereka, sejak akhir-akhir ini.
Meskipun tidak memeluk Islam, tindakan itu dilakukan sebagai tanda solidariti membantah satu jenayah yang berlaku berpunca daripada kebencian terhadap wanita Islam bertudung yang berlaku di negara itu. Dalam kejadian Jumaat lepas, seorang wanita mengandung terpaksa dikejarkan ke hospital selepas diganggu dan kepalanya dihentak ke kereta oleh suspek yang masih belum dapat dikesan.
Punca serangan dikenalpasti disebabkan oleh tudung kepala yang dipakai wanita terbabit. Malah ketika kejadian, tudungnya turut dikoyakkan penyerang. Selepas insiden berkenaan tersebar, beberapa wanita Islam lain mula muncul melaporkan bahawa mereka pernah dihina dan diganggu kerana memakai tudung kepala. Susulan itu, sebuah kempen dinamakan ‘hijab outcry’ (hijabuppropat) dilancar untuk memupuk kesedaran masyarakat di samping memohon Menteri Kehakiman Sweden, Beatrice Ask agar dapat memastikan wanita bertudung di negara itu mendapat hak kebebasan beragama dan tidak lagi disakiti sama ada menerusi lisan mahupun fizikal. Masyarakat Sweden yang tidak bersetuju dengan insiden berkenaan turut menunjukkan solidariti dan menyokong kempen dengan memakai tudung kepala tanpa mengira agama. Antaranya termasuk Ahli Parlimen dari Parti Green, Asa Romson dan personaliti TV, Gina Dirawi. Malah, terdapat juga kaum Adam yang ikut serta melakukan perkara ini. Gambar mereka bertudung kemudiannya dimuat naik di laman sosial Instagram dan Twitter dengan menggunakan hashtag #hijabuppropet. |
Maideen. posted on 25-8-2013 07:22 AM
Agaknya jika ada Bengali Singh di Malaya yang dihentak kepala mereka oleh beberapa orang gedebe, ada ...
Maideen. posted on 25-8-2013 07:22 AM
Agaknya jika ada Bengali Singh di Malaya yang dihentak kepala mereka oleh beberapa orang gedebe, ada ...
Maideen. posted on 25-8-2013 07:22 AM
Agaknya jika ada Bengali Singh di Malaya yang dihentak kepala mereka oleh beberapa orang gedebe, ada ...
Orange1 posted on 25-8-2013 07:45 AM
Saya pikir jika mamat benggali dihentukk2 kepalaa takde sapa kesahhhh. Masarakat hanya me ...
Maideen. posted on 25-8-2013 07:57 AM
Saya agak pasti itulah yang akan terjadi
Malah jika ada orang protes perbuatan menganiaya B ...
Orange1 posted on 25-8-2013 08:06 AM
Saya mengimpikan ummah malaysia mencapai ketamadunan spt ummah skandinavia. Tapi kurang pasti perkar ...
Maideen. posted on 25-8-2013 08:21 AM
Saya berharap dan berdoa ummah belajar tengok cermin. Hanya dengan cara ini lah mereka akan sadar ...
Banana posted on 24-8-2013 04:38 AM
Kelasssss moga mereka mendapat petunjuk dan hidayah dan terbuka hati utk memeluk Islam aminnnn
ADVERTISEMENT