Gara-gara menulis komen di Twitter menghina Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, seorang pelajar berumur 19 tahun didenda RM5000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh.
mStar Online melaporkan, lelaki berkenaan juga diarahkan oleh Majistret Siti Hafiza Jaafar untuk membaca Rukun Negara sebelum dijatuhkan hukuman. “Kamu faham tak apa itu maksud tatasusila? Tatasusila ini membentuk perbuatan atau tingkah laku yang ampuh, jadi tatasusila ini perlu dijaga, jangan mengutuk, mengeluarkan kenyataan angkuh dan menghina. “Kesalahan (menghina Sultan) ini boleh dipenjarakan tetapi kamu masih bersekolah, namun sebagai pengajaran untuk kamu dan masyarakat di luar sana, satu bentuk hukuman yang setimpal perlu diberikan.” Tertuduh yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bulan depan itu mengaku bersalah dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain. Dakwaan dibuat di bawah Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. Tambah sumber lagi, remaja berkenaan boleh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda. -CARI
|
23
Bagus |
10
Marah |
16
Terkejut |
13
Sedih |
20
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kakiselit replied at 19-10-2017 05:14 AM
Hina Indon selalu, eja Sultan pun tak betul. Mana jati diri?
pooh~key replied at 19-10-2017 05:12 AM
Sulat sis???
EJALTI replied at 19-10-2017 01:17 PM
akan dibuat pembetulan dgn kadar segera okehhhh...
vanillaninja replied at 19-10-2017 01:20 PM
Heols gaduh pasal bola ke?
prizadane replied at 19-10-2017 05:37 AM
aah..pasal bola.. dia hina sultan perak bodoh disebabkan oleh bola..
tak pasal-pasal kena masuk p ...
“Prinsip kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, ramai masyarakat hilang tatasusila dan kamu faham apa itu maksud tatasusila?, tatasusila ialah jangan mengutuk, mengeluarkan kenyataan angkuh dan menghina supaya kita dapat hidup dalam keadaan makmur.
harrypoter replied at 19-10-2017 02:22 PM
ramai sebenarnya yg buat statement2 mcm tu, cuma takde org report je,
dlm forum ni pun patut ramai ...
AbukRokok replied at 19-10-2017 01:46 PM
ni xkne lagi.....
ADVERTISEMENT