Dua lelaki cedera dalam kejadian tembak di pekan Bukit Gambir, Tangkak, hari ini, lapor Harian Metro. Kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi ketika dua mangsa dalam lingkungan usia 30-an sedang minum pagi bersama rakan di sebuah kedai kopi sebelum didatangi suspek.
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, suspek datang ke kedai berkenaan dengan memakai topi keledar bertutup penuh sebelum melepaskan tujuh das tembakan dari jarak dekat ke arah kumpulan mangsa. "Selepas melepaskan tembakan dari jarak dekat ke arah kumpulan berkenaan, suspek melarikan diri dengan menunggang motosikal. "Dua mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Muar dan Melaka untuk mendapatkan rawatan.
"Mereka dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya. Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh hubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tangkak, Asisten Superintendan Azmi Ali di talian 012-3344200 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-9787471. - CARI |
8
Bagus |
24
Marah |
29
Terkejut |
9
Sedih |
18
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
-electrifying- replied at 20-10-2017 06:25 PM
bahaya nya skrg ni
Simunggu replied at 20-10-2017 03:32 PM
mengkupi kupi ni utk sabah shj...di KL org cakap pekena teh tarik...
ADVERTISEMENT