Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Seorang lelaki kini menanggung beban selepas kenalannya meminjam kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sejak Jun lalu.
Memetik BH Online, Yee Yong Kian, 32, tidak menyangka kenalan yang dikenali kira-kira dua tahun lalu, salah guna kad itu untuk melakukan pinjaman tidak wujud membabitkan jumlah RM360,000. Menurut Yong Kian, suspek meminjam kad ATM bagi memudahkan majikannya memasukkan gaji memandangkan dia tiada akaun bank berkenaan. "Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana memikirkan akaun bank itu yang tidak aktif dan tiada wang, lalu memberikan kad itu bersama kata laluan.
"Selepas beberapa minggu, saya cuba menghubunginya untuk mendapatkan semula kad, tetapi gagal. "Pada Ogos lalu, polis dari Wangsa Maju datang ke rumah memaklumkan akaun bank milik saya digunakan untuk menipu ramai individu. Ketika itu baharu saya sedar kenalan salah menggunakan kad bank yang saya pinjamkan, dan sehingga kini terdapat sebanyak 26 laporan di 24 balai polis," katanya. Sejak itu sehingga 28 September lalu, dia direman dan diambil keterangan di beberapa balai polis. Yong Kian juga dibuang kerja akibat kes itu. Pada 6 September lalu, dia didakwa di Mahkamah Seremban mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan kerana kesalahan memberi pinjam kad ATM dan didenda RM8,600. "Denda itu hanya untuk satu kes, saya berdepan 25 lagi kes yang sama di seluruh negeri. Dengan keadaan tiada pekerjaan, sudah pasti susah untuk membayar denda. "Saya berharap polis dapat menangkap segera suspek. Saya mendapat tahu suspek yang menggunakan Facebook untuk mengiklankan mengenai kegiatan pinjaman tidak wujud, turut menggunakan tujuh kad ATM milik individu berbeza untuk melakukan jenayah ini," katanya. - CARI
|
8
Bagus |
10
Marah |
16
Terkejut |
4
Sedih |
8
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jasmeen: Yg polis repot pun dia tak pandai keep, sampai reput berlipat..nampak mamat ni punya filing system macamana
jasmeen replied at 20-10-2017 05:43 PM
Yg polis repot pun dia tak pandai keep, sampai reput berlipat..nampak mamat ni punya filing system m ...
kibodwatriuh replied at 20-10-2017 05:27 PM
tak sangka apek Cina boleh kesilapan sebengap ini.
-electrifying- replied at 20-10-2017 06:25 PM
kdg2 kite pon xjgka, yela kwn kan...
last2 kena mcm tu, mmg terduduk la
batmana replied at 20-10-2017 06:49 PM
org ni bukan bodoh la
ni org jenis lurus bendul
ADVERTISEMENT