CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

LLM Syor Paparkan Wajah Pemandu Guna Telefon Bimbit Di Akhbar

23-10-2017 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3211| Komen: 18


sumber : www.kualalumpurpost.net


Berdasarkan kajian keselamatan di jalanraya baru-baru ini, risiko maut meningkat enam kali ganda sekiranya memandu sambil menggunakan telefon bimbit.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Rosli Isa berkata, kajian tersebut mendapati kelajuan kenderaan boleh meningkat kepada 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh lima saat, jika memandu sambil menggunakan telefon bimbit.

“Perkara ini lebih berbahaya jika dilakukan penunggang motosikal kerana cengkaman pada pemegang tidak kuat sekiranya mereka menggunakan telefon bimbit."

“Penunggang boleh tercampak jauh manakala pemandu akan tersepit selain cedera parah yang mengakibatkan maut kerana mereka tidak fokus pada pemanduan.” 


Justeru, untuk menyedarkan golongan ini, pihaknya mengadakan kempen kesedaran jalan raya sehingga hujung tahun, sebelum tindakan penguatkuasaan dilakukan pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengesyorkan gambar pemandu yang melakukan kesalahan menggunakan telefon bimbit disiarkan di laman sosial atau akhbar.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, tindakan itu adalah untuk menyedarkan mereka tentang bahaya perbuatan tersebut.

Katanya, sekiranya kesalahan sama diulang tiga kali, tindakan lebih keras perlu diambil iaitu gantung lesen memandu mereka.- CARI
13

Bagus
16

Marah
7

Terkejut
20

Sedih
29

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Scarlet17 23-10-2017 11:46 AM
saya sokong
Quote che-cikL 23-10-2017 11:49 AM
Sokong.. Hanis Haizi and friends blh jadi pelopor pesalah ni
Quote nisako 23-10-2017 11:54 AM
sokong...............
Quote woddy 23-10-2017 11:59 AM
sokong gila....kat hway mex ni berlambak pemandu kete besau ni dok men hp....keta mewah tapi bodoh....
Quote brown_pupil 23-10-2017 12:07 PM
Ada fund ke nak install camera sepanjang2 highway / jalan persekutuan tu semata nak amik gambar drivers yg guna handphone?
Quote vanillaninja 23-10-2017 12:12 PM
Hall of Shame la ni. Ok. Sila teruskan.
Quote DayangKirana 23-10-2017 12:21 PM
kalau jadi kluar kat paper, this will be my next fav column besides obituary..  
Quote AbukRokok 23-10-2017 12:23 PM
untuk apa? keluar kat paper?
dah la jualan paper merundum
Quote missinpiece 23-10-2017 12:26 PM
Glamer jah
Quote Vokuro 23-10-2017 12:39 PM
antara paling babi akak pernah encounter adalah ada pemandu yang memandu sambil main game iya, harap adik itu dah mampus kena langgar lori
Quote sofiazara 23-10-2017 12:41 PM
kan ada org tengok peta masa tengah drive
Quote Jorja 23-10-2017 02:30 PM
Drive keta mewah mesti genius ke? So meaning drive keta biasa = bangang? Jealous lettew tak dapat drive keta mewah {:smile isunya main hp aja tapi mau juga masukn details itu
Quote angahsmart 23-10-2017 03:10 PM
sofiazara replied at 23-10-2017 12:41 PM
kan ada org tengok peta masa tengah drive

actually xde mslh nk pkai map ke ape, tp make sure pkai kat mounting yang boleh dibeli la (mcm driver uber/grab). tp klu guna kt tgn, mmg akn lost focus. sy rider naik moto, mmg klu dr blkg nmpk kete yg sway out of line sikit, for sure tgh guna phone. imagine klu xsengaja langgar moto.. xke naya
Quote MH3707 23-10-2017 03:12 PM
woddy replied at 23-10-2017 03:59 AM
sokong gila....kat hway mex ni berlambak pemandu kete besau ni dok men hp....keta mewah tapi bodoh.. ...

takde kaitan
Quote MissMamamia75 23-10-2017 06:09 PM
Penuh la paper dgn muka org je instead of berita...trust me

{:handsome
Quote precious_chicas 23-10-2017 07:29 PM
Jorja replied at 23-10-2017 02:30 PM
Drive keta mewah mesti genius ke? So meaning drive keta biasa = bangang? Jealous lettew tak dapat dr ...

rasanya ia bermaksud, 'bigger/expensive car comes with bigger responsibility' kot.

Quote saladin780 23-10-2017 07:36 PM
Baru tadi nampak mat moto punyala selamba main henpon sambil bawak moto..mudah2 an mampus cepat dek
Quote misscendol 1-11-2017 03:35 PM
Macam2 laaaahhhh

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.046929 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top