Sakit hati dibuatnya bila setiap servis terbaik yang diberikan, rating yang diperoleh pula pada tahap paling rendah. Itu yang dirasakan oleh sekumpulan pemandu perkhidmatan Uber dan Grab yang mengambil keputusan untuk memboikot pelajar di beberapa institusi pengajian tinggi kerana dikatakan banyak songeh.
Meluahkan rasa tidak puas hati itu, status seorang pemandu yang mendapat rating rendah oleh pelajar gara-gara menggunakan kereta buatan tempatan. Memang tak boleh diterima langsung alasan sedemikian! "Salam, minta viralkan post pasal sikap pelajar IPTA yang suka rate rendah pada driver uber dan grab. Untuk pengetahuan admin jika driver selalu dapat rating rendah iaitu dibawah 5 bintang, peluang untuk di ban oleh uber dan grab adalah besar.
"Dah banyak kes driver di ban dan kebanyakannya kerana rate dan report dari student IPTA. Masalah seperti ni tak berlaku setiap kali pick up expert ataupun golongan profesional. Tapi selalu berlaku setiap kali pick up pelajar IPTA atau IPTS. "Kami cari rezeki tolong jangan tabur pasir dalam periuk nasi kami. Jangan pandang rendah pada driver uber atau grab. Ini bertindak dan berpandangan macam kami ni semua tak belajar tinggi," tulis pemandu tersebut seperti memetik laman facebook Oh Media. Selepas status tersebut menjadi viral ramai di kalangan pemandu lain turut berkongsi pengalaman yang sama. Ternyata sikap para pelajar ini sukar 'dihadam' kerana sesuka hati merosakkan nama baik dan juga reputasi pemandu Grab dan Uber. Natijahnya, mereka telah menyusahkan diri sendiri! Tiada lagi pemandu yang sanggup mengambil para pelajar ini untuk dihantar ke mana-mana. Berikut pula antara komen netizen lain berhubung ini. Apa pula pendapat anda? Teruk sangatkan servis yang ditunjukkan oleh para pemandu ini sehingga layak diberi 1 bintang sahaja? - CARI
|
11
Bagus |
2
Marah |
5
Terkejut |
2
Sedih |
9
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT