CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atlet Terjun Wendy Ng Yan Yee Sah Gagal Ujian Doping

26-10-2017 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3800| Komen: 12


sumber : The Star


Sebelum ini, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei telah dikenakan hukuman penggantungan selama lapan bulan berhubung kesalahan kes doping oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF). 

Terbaru, atlet terjun negara Wendy Ng Yan Yee juga didedahkan gagal dalam ujian doping ketika Temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos lalu. 

Memetik laporan The Star, setiausaha ASUM, Mae Chan mengesahkan bahawa keputusan sampel B pemenang pingat emas KL2017 itu diketahui pagi ini dan tindakan lanjut akan dimaklumkan selepas mendapat makluman daripada exco badan induk itu.

“Malang apabila kita perlu beritahu dia adalah penerjun yang sebenarnya gagal sampel A. Kita akan adakan sidang akhbar tidak lama lagi mengenai keputusan ini."


“Keputusan B datang pagi ini dan saya perlu berbincang dengan exco dan kita akan adakan sidang akhbar untuk memaklumkan apa keputusannya."

Tambah Mae, perkara berkenaan akan dimaklumkan kepada Presiden ASUM, Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini menghadiri sesi persidangan Dewan Rakyat terlebih dahulu sebelum mengulas lanjut mengenai keputusan kes itu.

Media sebelum ini melaporkan atlet terjun wanita negara yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) pada Ogos lalu dipercayai adalah antara tiga atlet yang gagal ujian doping.

Wendy meraih dua pingat emas acara terjun 3 meter papan anjal individu wanita dan 3 meter papan anjal seirama berganding dengan Nur Dhabitah Sabri pada KL2017.- CARI
6

Bagus
11

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
7

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beloomberk 26-10-2017 04:14 PM
ohhh..I tot jasmine lai..
kantoi sibutramine kan, nak kurus pny pasal
may she didnt even realize that she consume the substance ..even its not a performance enhancing drug, ttap fail doping jgak.
Quote Lilly.june 26-10-2017 09:44 PM
Harap cuti umum tak ditarik balik
#jgnkecamsis
Quote Vokuro 26-10-2017 10:12 PM
cekik dadah ke sis?
Quote chazey 26-10-2017 10:15 PM
Wendy hu?
Quote misscendol 27-10-2017 10:01 AM
alahai .................
Quote -electrifying- 27-10-2017 10:06 AM
Ohhh... kena trik blik la pingat tu, letih je berlatih bgai semua, skali doping xlepas
Quote RatuDunia94 27-10-2017 02:39 PM
Pingat ditarik maksudnya...
Acara 3m Dabitah la yg akan mng emas sbb sebelum ni sheols perak..

Yg acara synchro 3m u singapore akn dpt emas..

So kedudukan pingat Malaysia 12 emas, Singapore 1 Emas.
Quote Knowlee 27-10-2017 02:41 PM
How unfortunate. Entah dia tau ke tak sebenarnya kandungan supplement yg dia amik tu. Tercalar reputasi.
Quote nuralisa 27-10-2017 02:53 PM
atlet ni biasanya diorg bukan boleh simply amik supplement tanpa consult daripada pakar...
yg ni boleh kantoi pulak...
Quote budaktua 27-10-2017 02:55 PM
rasanya klu ambek ubat selsema pun dah detect drug.... kan?
Quote Artemesiaa 27-10-2017 02:56 PM
Tahu je sejak kecoh aritu malas nak update selagi belum ada official statement keluar.  Kebanyakan ahli sukan ni mereka tahu je tak boleh ambik apa2 bahan sesuka hati yang tak kuat je mudah terjerat dengan benda2 cam tu.
Quote Jorja 28-10-2017 06:00 AM
Manis senyuman dia.. cute budaknya

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.036255 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top