Apabila ditanya tentang soalan siapa paling kuat curang? Lelaki atau perempuan? Pasti ramai yang akan menjawab lelaki. Kenapa? Apakah curang itu lebih menjurus kepada lelaki? Mengapa lelaki lebih mudah berlaku curang?
Jika diikutkan statistik, lelaki curang mendahului sebanyak 70 peratus berbanding wanita. Hal ini dinyatakan oleh Pensyarah, Psikologi Pusat Pengajian Psikologi Gunaan Dasar dan Kerja sosial, Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Azura Bahadin (Utusan Malaysia, 31 Oktober 2016). Itu kajian universiti. Bagaimana pula dengan kajian yang dilakukan oleh LPPKN? Menurut Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5), sebanyak 56.2 peratus lelaki memberitahu bahawa mereka memilih perceraian kerana sudah tiada persefahaman. Manakala 11.8 peratus lelaki mahu bercerai kerana isterinya curang. Di pihak wanita pula, 20.5 peratus isteri memberi alasan bahawa suami mereka curang. Manakala 38 peratus menyatakan yang mereka tiada persefahaman (Berita Harian - 15 Ogos 2017). Nampaknya dalam kajian LPPKN ini, peratusan lelaki dan wanita curang tidak begitu jauh bezanya. Mungkin juga jumlah wanita lebih tinggi daripada yang dilaporkan tapi ada yang malu mengakui atau tidak dilaporkan kerana kecurangan tidak terbongkar. Jom kita ketahui apa pula punca kecurangan ini. Daripada hasil kajian LPPKN, inilah antara puncanya: 1. Hubungan terlarang di pejabat. 2. Bertemu teman lama. 3. Hubungan selepas reunion. Hubungan terlarang di pejabat atau di tempat kerja memanglah menjadi pemangkin paling mudah bagi individu untuk berlaku curang. Bahkan trend sosial media yang menggalakkan reunion atau perkenalan dengan rakan baru dan lama, kini menjadi antara sebab perceraian. Dengan kemudahan komunikasi Facebook, Instagram, Wechat, Whatsapp dan sebagainya, mereka mula melakukan hubungan terlarang secara maya. Kemudian, berjangkit pada hubungan intim secara fizikal. Setelah terbongkar, maka pasangan akan membawa kes ke mahkamah untuk permohonan cerai dan sebagainya. CURANG, APA KATA PENYIASAT PERSENDIRIAN? Kajian secara formal mungkin tidak begitu tepat kerana dijawab oleh responden yang cuba menyembunyikan fakta. Kini lihat pula apa kata penyiasat persendirian yang membuat pemantau dan pemerhatian sepanjang kerjaya mereka. Kata penyiasat persendirian, Datuk M Venodevan, sebanyak 15 peratus suami curang. Manakala 11 peratus isteri curang. Katanya lagi, sebanyak 33 % daripada kes curang akan berakhir dengan perceraian. Dia juga membuat perbandingan perbandingan situasi di Amerika Syarikat. Di sana lebih 60% lelaki dikatakan pernah dan sedang curang. Manakala di Malaysia, kecurangan dengan melakukan hubungan seks di pusat urut dan sarang pelacuran sering dipraktikkan. Diikuti pula dengan dengan seks bebas melalui kenalan di media sosial, perempuan simpanan dan hubungan sulit antara rakan sepejabat (Utusan Malaysia - 19 September 2015). Majoriti golongan yang terlibat dalam pemantaunnya ialah dalam lingkungan 40-an hingga 50-an dengan sosio-ekonomi yang baik dan kes terbanyak berlaku di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Selain natijah perceraian, perbuatan curang hingga berzina ini telah menambah statistik kelahiran anak luar nikah. Perbuatan ‘orang tua gatal’ ini nampaknya sama naik dengan gejala seks bebas di kalangan anak-anak muda hingga melahirkan anak. Inilah gejala sosial yang boleh menghancurkan institusi keluarga jika dibiarkan berleluasa. Cinta beralih arah mungkin menjadi antara alasan paling popular. Mungkin juga lelaki memikirkan bahawa dia boleh berkahwin lebih dari satu maka dia lebih ‘mudah’ berlaku curang. Sebenarnya isu curang ini tidak sama dengan isu poligami. Curang bukan alasan untuk lelaki berpoligami. Lelaki yang jujur dan beriman, tidak akan curang atau berzina. Jika dia ingin berpoligami, dia akan meminang dan bernikah terlebih dahulu. Bukannya berzina dahulu, bernikah kemudian. Kesetiaan tidak sukar andainya, ada kejujuran. Ramai yang menyangka dia boleh curang di belakang pasangan kerana tidak mahu perasaan pasangan terguris. Jelaslah bahawa orang curang ini sebenarnya kurang bijak dan tidak waras dalam bertindak. Bagi wanita, hati-hatilah. Jangan sampai anda menjadi pemuas nafsu lelaki gersang. Usah letakkan diri anda lebih rendah daripada pelacur dan pekerja seks di rumah urut. PANDUAN UNTUK MENGELAK BERLAKU CURANG ATAU DICURANGI 1. Tipu orang lain sebenarnya anda tipu diri sendiri – ramai orang tidak fikir bahawa tindakannya cuba menipu pasangan sebenarnya menipu dirinya sendiri. Jadi, jika anda hormati diri anda, hormatilah perasaan pasangan, anak-anak dan keluarga anda. Hentikan dari sikap menipu itu sebelum bala menimpa. 2. Jujur biarpun pahit – Mungkin anda dan pasangan ada masalah. Berbincang dan nyatakanlah masalah tersebut. Sama ada anda sudah bosan dengan sikapnya atau apa-apa sahaja yang boleh menyebabkan anda ‘mula’ memandang yang lain. Sama-samalah mencari jalan penyelesaian terbaik sama ada untuk memperbaiki hubungan atau menamatkannya. 3. Hidup untuk bahagia – Ramai yang sudah tidak berasa bahagia hidup dengan pasangan mereka atau mereka fikir bahawa mereka akan lebih bahagia jika dapat berkongsi lebih banyak kebahagian di luar. Hakikatnya, semua itu ilusi. Anda hanya akan bahagia apabila anda jujur dengan pasangan. Itulah hikmah orang berumahtangga. 4. Berani kerana benar – Cara menyelesaikan masalah ialah berhadapannya dengannya bukannya menambah masalah lain. Fikirlah dalam-dalam dan waras. Buat pasangan yang syak pasangan anda curang, berdepanlah dengannya segera. Lebih baik mencegah sebelum parah. Dapatkan bukti-bukti yang kukuh dan buatlah keputusan terbaik demi masa depan anda. Akhir kata, saya harap anda semua sedaya mungkin, berusahalah untuk jujur. Setiap orang ada kelemahannya. Jika anda menilai kelemahan pasangan anda, sesungguhnya anda pun ada kelemahan yang sedang dinilai oleh pasangan anda. Cubalah fokus pada kelebihan masing-masing semoga hidup akan lebih rasa bahagia. Bagaimanapun, jika masalah sudah tidak tertanggung, dapatkanlah nasihat daripada orang yang layak dan boleh dipercayai. Usah tanggung sendiri kerana dikhuatiri anda akan stress yang akhirnya akan menjejaskan kesihatan mental dan fizikal. Jumpa lagi. |
20
Bagus |
10
Marah |
6
Terkejut |
17
Sedih |
6
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Lilly.june replied at 26-10-2017 09:42 PM
Both parties sama je....ikut diri sendiri jugak kalau nk curang
Deidra replied at 27-10-2017 09:54 AM
@apek88 dah baca dah artikel ni?
apek88 replied at 27-10-2017 10:20 AM
Dah baca d..ko jgn nk kata kt aku.
apek88 replied at 27-10-2017 10:32 AM
Yela baby.
Deidra replied at 27-10-2017 10:38 AM
Kak nooooooorrrrr @noraidil_06 aka misha omar...jom mkn steamboat
noraidil_06 replied at 27-10-2017 10:59 AM
Apek nk belanje ke? Pm pm
ADVERTISEMENT