CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azalina Enggan Dedahkan Kos Perbelanjaan Lawatan PM Ke Rumah Putih

26-10-2017 04:15 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4314| Komen: 22


sumber : internet


Dalam jawapan bertulis Parlimen, Datuk Seri Azalina Othman Said enggan mendedahkan kos perbelanjaan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Rumah Putih di Washington DC, Amerika Syarikat pada September lalu.

Memetik laporan Malaysiakini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu hanya berkata kos berkenaan adalah berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237) Kemudahan Elaun dan Keistimewaan Perdana Menteri.

"Perbelanjaan itu meliputi "penerbangan, penginapan, pengangkutan, elaun makan, dobi, kos telefon dan lain-lain yang mengikuti kadar yang ditetapkan dari semasa ke semasa."

Bagaimanapun, pecahan sebenar atau jumlah kos langsung tidak diberikan.


Semalam Azalina menjawab soalan Anthony Loke (DAP-Seremban), yang telah meminta perdana menteri menyatakan butiran terperinci jumlah kos penginapan dan jumlah bilik yang ditempah mengikut kategori berlainan di Trump International Hotel semasa lawatan Najib ke Washington DC.

sumber : internet

Rumah Putih sebelum ini mengesahkan bahawa pentadbiran Trump tidak terbabit dalam tempahan penginapan hotel Najib.

Dalam pada itu, Loke berkata keengganan kerajaan mendedahkan jumlah yang dibelanjakan itu mencadangkan Putrajaya mempunyai sesuatu untuk disembunyikan.- CARI
5

Bagus
6

Marah
11

Terkejut
3

Sedih
12

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 26-10-2017 05:05 PM
hmmmm..............
Quote stillen 26-10-2017 05:07 PM
As usual..
Quote Equalizer 26-10-2017 05:10 PM
Bersangka baik...
najib guna duit poket sendiri kot...

kalau guna duit kerajaan/rakyat, patutnya nothing to hide...
itu pun kalau dia jenis amanah dan berintegriti laa...
Quote L_Z 26-10-2017 05:11 PM
Apa apa ja la nok......
Quote Lilly.june 26-10-2017 10:01 PM
Boleh je buat anggaran based on kelayakan kalau nk tau anggaran kasar
Quote grouper 26-10-2017 10:11 PM
Keje utk rakyat kan..ke rakyat keje utk ko..apa nk takut bgtau je..mana transparensi..
Quote Skuau 26-10-2017 10:18 PM
takkanlh dia guna duit tabung tuk rohingya tu.....
Quote CiliPadiSedap 26-10-2017 10:29 PM
sedapnya jadi perdana menteri..
Quote Jorja 26-10-2017 10:43 PM
Syukurlah kita stil boleh fly ke us .. ingatkn malaysian dah kena banned
Quote Decaffeinated 26-10-2017 10:48 PM
CiliPadiSedap replied at 26-10-2017 10:29 PM
sedapnya jadi perdana menteri..

jadi isteri perdana menteri sedap tak?....



Quote teen_angelJB 26-10-2017 10:50 PM
Ala.. Tok jib wat pendahuluan diri.. Nnt claim la blik pkai borang tnt ye..
Quote Decaffeinated 26-10-2017 10:51 PM
Lilly.june replied at 26-10-2017 10:01 PM
Boleh je buat anggaran based on kelayakan kalau nk tau anggaran kasar

yup kalau rasa perlu boleh ja pembangkang nak estimate....

hotel rate boleh search kat trivago.....







Quote kiambang 26-10-2017 10:52 PM
Tgg pihak pembangkang dedahkan la nampaknya ...
Quote CiliPadiSedap 26-10-2017 11:06 PM
Decaffeinated replied at 26-10-2017 10:51 PM
yup kalau rasa perlu boleh ja pembangkang nak estimate....

hotel rate boleh search kat trivago. ...

tp trivago tak de pakej ke white house, kena kira grabcar premium ni
Quote miznora 26-10-2017 11:38 PM
mesti berjuta2 belanjanya...
takut kena kecam dengan rakyat lettewww
Quote akusukaq 27-10-2017 09:20 AM
CiliPadiSedap replied at 26-10-2017 10:29 PM
sedapnya jadi perdana menteri..

tu sbb kalu dah lama jd perdana mentri ,mahu kekal sampai mati .bila ada yg menganti semua tak kena dihati mcm mamak kuttey
Quote CiliPadiSedap 27-10-2017 11:12 AM
akusukaq replied at 27-10-2017 09:20 AM
tu sbb kalu dah lama jd perdana mentri ,mahu kekal sampai mati .bila ada yg menganti semua tak ken ...

Xbaik hina dia mamak kutty, dia mamak kerala lah
Quote MH3707 27-10-2017 11:17 AM
CiliPadiSedap replied at 26-10-2017 02:29 PM
sedapnya jadi perdana menteri..

best jadi PM? boleh gila kalau yg tak kuat semangat tau,org kata dia ni pun nk cukupkan penggal ni je,pastu nak amik sepupu dia hishamudin ganti ....

ps: aku rasa ko patut tukar statement "sedapnya jadi isteri pm"...baru betul


Quote kecimpret 27-10-2017 11:20 AM
kerajaan bersikap telus katanyaaaaaa


Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.132404 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top