CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siling Bumbung Plaza Tol Ipoh Roboh Angkara Ribut

27-10-2017 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3503| Komen: 14

Kejadian ribut petang semalam, menyebabkan sebahagian siling bumbung dan beberapa palang di Plaza Tol Ipoh Selatan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tertanggal dan rosak, lapor BH Online.




Akibat kejadian, sisa runtuhan siling bertaburan di atas lebuh raya di lokasi berkenaan.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, siling di plaza tol berkenaan runtuh dan beberapa palang mengalami kerosakan berikutan hujan lebat disertai angin kencang kira-kira jam 5.50 petang.

"Siling kanopi (bumbung) yang runtuh dan beberapa palang rosak yang rosak hanya membabitkan empat lorong sahaja.

"Bagaimanapun kejadian itu tidak membabitkan sebarang mangsa," katanya.



Foto: BH Online

Susulan itu, empat lorong di plaza tol berkenaan ditutup hingga menyebabkan berlaku sedikit kesesakan.

Difahamkan, dua daripada empat lorong berkenaan dibuka semula pada jam 7 malam dan kerja-kerja pembersihan masih dijalankan. - CARI
8

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
21

Sedih
9

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 27-10-2017 12:28 PM
auloh pun marah dgn plaza tol....tol hanya membebankan rakyat....
Quote MissVixen 27-10-2017 12:39 PM
Sampai kiamat ke nak panjangkan kontrak tol ni. Kedekut nak mampus. Bagi rebate pun susah. Kena claim dekat pejabat dia. Cuba la bagi tu ikhlas siket. Bagi kenderaan lalu free waktu 12 malam keatas ke... Tamak haloba.
Quote Muntz 27-10-2017 12:44 PM
MissVixen replied at 27-10-2017 12:39 PM
Sampai kiamat ke nak panjangkan kontrak tol ni. Kedekut nak mampus. Bagi rebate pun susah. Kena clai ...

Eh. Bukannya dari Jusco Ipoh sampai Jelapang tu mmg free of charge ker?

Quote Artemesiaa 27-10-2017 12:45 PM
Nasib tak ada yang cedera mesti kecut perut petugas booth tambah nilai masa tu
Quote Mary_jane 27-10-2017 12:46 PM
Syukur tiada kemalangan jiwa.

Kos baiki kerosakan tu mesti mahal, so ada pertambahan caj tol la nanti.
Quote MissVixen 27-10-2017 12:49 PM
Muntz replied at 27-10-2017 12:44 PM
Eh. Bukannya dari Jusco Ipoh sampai Jelapang tu mmg free of charge ker?

Itu memang free. Tu yang dia pisahkan sape nak terus ke selatan atau nak singgah jelapang sampai gopeng. Siapa nak singgah, sila bayar dulu. Aku komen untuk tempoh konsensi plus yang berpuluh tahun lagi ni. Bila nak kasi free. Bayar mahal pun jem juga.
Quote Ratutulip 27-10-2017 12:51 PM
ALLAHU ROBBI... takut nya... nasip tk kena pekerja / pguna jalan raya
Quote ayorsuam 27-10-2017 01:11 PM
Memang ribut teruk pun petang semalam. Kat area belah Ampang (tepi Tol Ipoh Selatan) banyak pokok-pokok tumbang. Aku keluar lepas kul 8, ada 2-3 lokasi jentera DBI tengah alihkan pokok. Pastu pagi ni deme sambung lagi kerja2 pembersihan.
Quote Red11y 27-10-2017 01:13 PM
nasib baik takde kemalangan jiwa...semua selamat...
Quote prettyuglybabe 27-10-2017 01:14 PM
semalam siap ada accident terbakar kereta juga kan kat tol tu..
Quote antidote 27-10-2017 02:26 PM
ni ada pic dlm whatssap grup adik beradik iols.
tah mana deme dpt tah
04e4ba09-1ab0-418d-a86d-12e95af8b619.jpg
ef493454-39b7-40d9-9164-1a5c527f7126.jpg
13245540-2ef8-47d0-890c-f4f665e9bc77.jpg
4163be62-1349-4ae1-a642-0176602dc811.jpg
dada1df9-0db5-4881-80de-98adcac4ad4d.jpg

Quote insulin 27-10-2017 02:42 PM
Huiii. Nampak teruk tu. Siap ada kereta accident dan terbakar.
Quote MH3707 27-10-2017 02:50 PM
sampai terbakar persona tu ekk
Quote misscendol 1-11-2017 02:44 PM
Ribut kuat nii

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.095753 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top