Malang nasib pelakon Zara Zya yang baru sahaja menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kelenjar, kali ini sekali lagi dimasukkan ke hospital. Ini semuanya gara-gara dia mengalami sakit bahagian tulang belakang dan juga kaki sehingga sukar untuk berjalan.
Panik dengan keadaan itu, Zara segera mendapatkan rawatan di hospital. "Kejadian semalam... Bila terjaga waktu pagi, kaki dengan tulang belakang saya sakit sangat. Tak boleh jalan. "Hasrat nak pergi shooting tergendala. Gementar masa tu Allah je tahu," ujarnya menerusi satu posting di Instagram. Rupa-rupanya ia berpunca daripada tabiatnya yang gemar memakai kasut bertumit tinggi sepanjang masa.
"Sebabnya ialah hari-hari pakai kasut tumit tinggi, shooting pakai, masa jalan-jalan pakai. "Nahhh Allah tarik nikmat untuk seketika. Sekarang ini saya nak ingatkan semua para gadis, para wanita tolonglah kurangkan pakai kasut bertumit tinggi," katanya lagi. Dalam pada itu, Zara berkata keadaannya semakin pulih dan telah dibenarkan pulang ke rumah. - CARI |
doubleA replied at 27-10-2017 03:57 AM
gws. nikmat kesihatan memang paling bernilai
idril replied at 27-10-2017 12:00 PM
lopak elok jer pakai 15 inci x de pun sakit dia
kibodwatriuh replied at 27-10-2017 12:09 PM
Yup sakit tulang belakang dan deformity kaki aka bunion memang biasalah kalau rajin pakai kasut tumi ...
CiliPadiSedap replied at 27-10-2017 12:25 PM
dik binatang kt profile dik tu nama dia apa? comel. cm chipmunk
kibodwatriuh replied at 27-10-2017 12:30 PM
Namanya quokka.
Memang cuuute sangat.
kibodwatriuh replied at 27-10-2017 12:30 PM
Namanya quokka.
Memang cuuute sangat.
anikarma replied at 27-10-2017 12:49 PM
Quokka. Ada di Aussie. Hi la island dier. Banyak wor menatang ni. Muker dier senyum jer
ADVERTISEMENT