Tujuh kanak-kanak ditemui dalam keadaan tidak terurus di dalam sebuah rumah yang dipenuhi kotoran dan najis. Ia termasuk seorang bayi berusia 18 bulan yang ditemui pihak berkuasa dengan keadaan ulat penuh di dalam lampinnya
Penmuan mengejutkan di North Carolina itu menyebabkan Jamie Leigh Hiatt, 25, dan Michael Patrick McKnight, 26, ditahan dan didakwa atas enam pertuduhan mendera anak-anak mereka. Menurut laporan Daily Mail, tiga dari kanak-kanak tersebut adalah anak McKnight manakala yang selebihnya adalah anak Hiatt.
Pegawai Polis Lexington yang berada di tempat kejadian berkata, kanak-kanak yang semuanya berusia enam tahun ke bawah itu didapati hidup dalam keadaan kotor dan tidak sihat. Bau najis dan air kencing sangat kuat termasuk najis haiwan dan manusia di dalam rumah tersebut. Susulan itu pihak perubatan dikerahkan ke tempat kejadian dan seorang bayi serta sepasang kembar dibawa ke Pusat Perubatan Lexington. Hiatt dan McKnight dijatuhkan hukuman penjara, masing-masing dengan bon $100,000. Kedua-duanya akan dibicarakan di mahkamah pada 20 November. -CARI
|
saladin780 replied at 1-11-2017 01:06 PM
mat saleh pprt
ADVERTISEMENT