Kalau masa birthday kekasih, laju sahaja buat kejutan. Tak kurang ada sesetengahnya yang sanggup berhabis wang, contohnya sewa limosin atau beli hadiah mahal semata-mata nak buat si dia gembira.
Semua itu tak pernah buat netizen sebak, berbeza dengan kejutan yang dilakukan seorang pemuda yang dikenali sebagai Faizal Faiz Farish ini. Bukan pada girlfriend, tetapi pada ibunya sendiri. Video yang dikongsikan di laman Facebooknya mendapat perhatian ramai sehingga mencecah lebih dari 12 ribu perkongsian. Dalam rakaman tersebut, Faizal melakukan 'prank' dengan berpura-pura sakit sehingga muntah darah.
Sudah pasti seorang ibu akan menjadi panik dan tidak tentu arah! Semasa dipeluk oleh ibunya, Faizal membuat kejutan dengan menghadiahkan seutas jam tangan dan kek. Reaksi ibunya yang menangis itulah yang benar-benar membuat netizen tersentuh, sebak dan ada yang menitiskan air mata. "Beruntung masih ada ibu. Seronok tengok ibu menangis gembira macam ni." "Anak yang baik, sweet je buat suprise untuk mak." "Video ni buat aku rindu sangat dekat mak kat kampung. Siapa yang still ada mak pak, rajin-rajinlah balik jenguk mereka." Menariknya, pelakon Mustapha Kamal juga turut berkongsi video tersebut di Facebooknya. Siapa agaknya nak cuba 'prank' begini pada ibu masing-masing? -CARI |
idakamaruddin: kalau mak aku kene prank cani mau dh lama kene katuk ngn sudipmampu kene kejar keliling rumahmak aku garang ok
RatuDunia94 replied at 1-11-2017 03:51 PM
Dh jd trend la ni record prank bday mak pak.. Pastu hadap pujian.. Choi..
Jorja replied at 1-11-2017 04:12 PM
Haah padahal kalau kt rumah tolong mak buat chores pun tidak.. I ramai aja kenal org trdekat mcm ni. ...
ADVERTISEMENT