CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Busana Nasi Lemak Miss Universe Malaysia Dikritik Bertubi-tubi Oleh Hatta Dolmat?

1-11-2017 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10154| Komen: 50|Original author: Oleh: Adib Za

Sejak semalam kecoh tentang busana nasi lemak daun pisang yang digayakan oleh model Samantha Katie James untuk ke pertandingan Miss Universe 2017.

Pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen, tak terkecuali daripada pereka fesyen sendiri.

Salah seorangnya ialah pereka terkenal Hatta Dolmat yang dilihat menyelar dan meluahkan rasa kurang senang dengan konsep nasi lemak yang dipertaruhkan itu.


Baginya, masih banyak lagi rekaan lain yang boleh diketengahkan dan menaikkan nama Malaysia pada pertandingan itu nanti. 

"Okay nasi lemak 'marih' (mari)! Tambah sambal lebih sikit orang Malaysia suka pedas! Ikan bilis lebih sikit faham kena jimat, oh ya tambah paru dengan sambal sotong.


"Jangan lupa daun pisang segar sikit, jangan pakai yang layu nanti nasi lemak tak segar rasa dia. Ok go Malaysia!"

Hatta juga dilihat cuba menyindir dengan menulis ayat yang kononnya sedang bersedih dengan rekaan tersebut. 

"Tergamaknya hantar ini (merujuk pakaian nasi lemak) mewakili Malaysia untuk Miss Universe... Alahai... Sedihnya," tulisnya lagi. 

Dalam pada itu, dalam posting yang berbeza, Hatta memberikan pendapatnya yang songket mempunyai nilai tinggi dan boleh dijadikan identiti Malaysia ketika pertandingan itu nanti. 


"Kalau terdesak sangat dengan konsep nasi lemak, mungkin konsep ini lebih nilainya, dan ia adalah songket Malaysia dan mempunyai elemen tradisional.

"Kenapa ya kita begitu terdesak dengan konsep dan idea sedangkan apa yang kita sudah ada cukup tinggi nilainya?" soalnya. 


Tidak pula dapat dilihat komen para pengikut pereka fesyen ini kerana ruangan komen telah ditutup. 

Apa pun, setiap rekaan pakaian itu sememangnya subjektif. Masing-masing mempunyai pendapat sendiri berhubungan hal ini. 

Apa pula kata anda? Setujukah dengan busana nasi lemak ini? - CARI 
3

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
8

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 1-11-2017 03:04 PM
mmg jijik sgt nampak baju tu..
Quote prettyuglybabe 1-11-2017 03:26 PM
memang betul pun..
kalau ye pun nak tema nasi lemak, letak la telur kacang ikan bilis timun tu dekat daun pisang tu..
takde la nampak funny dan menggelikan..
or daun pisang tu guna kain yang wrap body..
ala-ala depan orang ko buka untuk nampak inside nasi lemak..
bukan keras kejung gitu..
Quote manehnya 1-11-2017 03:29 PM
mmg selayaknya kena kecam, nmpak trashy n murah sgt..

sapa perekanya tuh
Quote missDollie 1-11-2017 03:41 PM
prettyuglybabe replied at 1-11-2017 07:26 AM
memang betul pun..
kalau ye pun nak tema nasi lemak, letak la telur kacang ikan bilis timun tu deka ...

Haha..kan..pakai cape ke apa kan jadi daun pisang tu..main lekat gitu je telur, ikan bills bagai..gila pemalas betul designer dengan team dia..
Quote dubuk 1-11-2017 03:43 PM
daun pisang patut potong empat segi letak atas bahu dia..
Quote RatuDunia94 1-11-2017 03:54 PM
Ala designer2 ni kadang sembang kuat.. Bila MUMO minta sponsor byk cekadak plak..
Hope lps ni ramai la designer2 malaysia ug so called hebat sgt tu sponsor wardrobe Miss Malaysia.
Quote Ferr_Remy 1-11-2017 03:58 PM
Hatta bodo ni mana penah tgk MU. Da byk kali Malaysia anto pakai concept songket smua tu. Name je ponen bottom tapi tak update pasal pagaent. Trend national custome skrg bkn baju kebangsaan la bongok.
Quote prettyuglybabe 1-11-2017 04:03 PM
missDollie replied at 1-11-2017 03:41 PM
Haha..kan..pakai cape ke apa kan jadi daun pisang tu..main lekat gitu je telur, ikan bills bagai.. ...

pastu aroma kain tu aroma nasik lemak..
perghhhhhh... sedapnya
Quote YPM_Addora 1-11-2017 04:15 PM
Jangan tak tahu, ada kacang goreng terselit tu.
Gatal biji mata tengok
Quote nisako 1-11-2017 04:22 PM
mmg pelik nape nak kena ambik tema nasi lemak???
Quote manjalara_01 1-11-2017 04:30 PM
manehnya replied at 1-11-2017 03:29 PM
mmg selayaknya kena kecam, nmpak trashy n murah sgt..

sapa perekanya tuh

ni bukan tema nasi lemak tapi tema "universal"
maksudnye
1- cleavage mesti show off...
2- barbie doll figure
3- name samatha...
4- kulit putih gebus

ahahahah ..that is SO MALAYSIAN..i totally can relate
Quote manjalara_01 1-11-2017 04:32 PM
dubuk replied at 1-11-2017 03:43 PM
daun pisang patut potong empat segi letak atas bahu dia..

i see..ingatkan nak guna utk tutup tempat2 tertentu je
Quote miemiecha 1-11-2017 05:09 PM
Edited by miemiecha at 1-11-2017 05:10 PM

selak kain dpt sambal kerang preeeee

mek tgk daun tu dah mcm sayap optimusprime dah..
ke eksenkame nya sayap blkg.. demmit
Quote dekmieDandy 1-11-2017 05:23 PM
konsep elok dah baju tu

tapi execution dia hauk betui

mcm baju putih tu then campak2 je accessories
Quote Skuau 1-11-2017 05:43 PM
Edited by Skuau at 1-11-2017 05:44 PM

dia dh ada pon nasi lomak sundiri...cuma kreatif sikit...bungkus jer kat 'situ'....baru mendunia....
Quote palmolive 1-11-2017 05:44 PM
tu baru tema nasik lemak..
belum lg ciken cop
Quote LavaUollss 1-11-2017 06:28 PM
selayaknya lah. placement telo mata, timun, ikan bilis tu macam tak kena. Daun pisang pun nampak pelik. Kalau tak bagitau baju ni tema nasi lemak, mesti orang tak tau
Quote de_ikea 1-11-2017 06:33 PM
Masa tgok kat ig smlm. Tak sabo pukak nk baca komen forummer cari.
Konsep messy nasi lemak ya.
Quote kiambang 1-11-2017 07:28 PM
Tahun depan buat baju mee goreng mamak pulak ..{:cryrun

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.045337 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top