|
Tahukah anda webcam pada laptop boleh berubah daripada satu teknologi yang membantu menghubungkan anda dengan tersayang, kepada satu yang menakutkan?
Jika anda perasan banyak imej laptop di laman sosial yang ditutup bahagian webcam dengan tape dan sebagainya. Malah, ia turut diaplikasikan oleh Pengarah FBI iaitu James Comey. Dia berkata dalam satu temubual, "Saya memasang tape pada kamera kerana terlihat seseorang yang pintar melakukannya." James sebenarnya merujuk kepada foto pengasas Facebook, Mark Zuckerberg yang berlatar belakangkan laptop. Yang menariknya pada bahagian webcam ia telah ditutup dengan tape atau pita pelekat.
Nah, inilah yang dimaksudkan oleh Pengarah FBI ini, iaitu penggodam mampu melakukan kerja jahat mereka melalui webcam di laptop anda. Bukan sahaja gambar dan video boleh dirakam, malah audio perbualan anda juga boleh dijadikan bahan ugutan! Memang bahaya kan? Jangan dibuat main-main. Apa pun memetik laman PC World, ini yang anda boleh lakukan agar webcam anda tidak digodam. 1. Tutup laptop bila anda tidak menggunakan. 2. Sentiasa pastikan software sentiasa dikemaskini. 3. Begitu juga dengan firewall, diaktifkan sepanjang masa. 4. Elakkan klik link atau pautan pada emel meskipun anda mengenali penghantarnya. 5. Tutup webcam dan mikrofon pada laptop anda dengan tape, pelekat atau apa sahaja yang boleh menutupnya. - CARI
|
|
15
![]() Bagus |
15
![]() Marah |
9
![]() Terkejut |
12
![]() Sedih |
21
![]() Lawak |
22
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
Ratutulip replied at 1-11-2017 06:49 PM
oppsss baru tahu..


HannahMontana replied at 1-11-2017 08:13 PM
hah mampos kooo entah2 mrk sudah terakam aksi terlampau ko

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.454857 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.