Kementerian Pendidikan akan bertindak tegas dengan memecat guru yang melakukan gangguan seksual terhadap pelajarnya baru-baru ini jika terbukti dia bersalah.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan, tindakan terbabit sukar dipercayai, apatah lagi tanggungjawab guru adalah mempertahankan dan menjaga pelajar dan bukan sebaliknya. Menurutnya lagi, ia disifatkan sebagai satu jenayah pecah amanah kerana keluarga pelajar telah meletakkan kepercayaan kepada guru untuk menjaga anak mereka. “Harapkan pagar, pagar makan padi. Individu ini tidak boleh mengajar di sekolah jika sekiranya benar. Individu yang berbahaya...sangat berbahaya. Tapi kena tunggu laporan terakhir (siasatan) kerana PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) dan JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) serta pihak polis juga sedang melakukan siasatan,” katanya. Menurut laporan Bernama, seorang guru di sebuah sekolah Tamil itu menjanjikan pekerjaan kepada seorang remaja dengan syarat gadis itu menyerahkan tubuhnya. Guru berusia 56 tahun itu juga merupakan seorang pemimpin cawangan MIC membuat janji tersebut kepada ibu gadis berkenaan sebelum rakaman perbualan itu tersebar luas melalui aplikasi WhatsApp. Dalam klip audio 8 minit 49 saat tersebut, guru itu memberitahu yang dia telah membantu banyak gadis lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat pekerjaan setelah mereka mengadakan hubungan seks dengannya. Selepas audio rakaman tersebar, dia telah melepaskan jawatannya dalam MIC. -CARI
|
7
Bagus |
7
Marah |
11
Terkejut |
2
Sedih |
4
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
batmana replied at 2-11-2017 10:20 AM
jadi cikgu ni klu buat apa2 skandal ,payah benar nk dipecat ka? nk tunggu siasatla itula, apalah.
...
ADVERTISEMENT