CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gagal Dihubungi Sejak Beberapa Hari, Doktor Ditemui Mati Dalam Bilik

2-11-2017 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4874| Komen: 30

Selepas beberapa hari gagal dihubungi, seorang doktor ditemui mati di dalam bilik sewanya di Kampung Nyior Sepohon, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Mohd Muaz Mohd Sabri berusia lingkungan 30-an ditemui anak pemilik bilik sewa berkenaan selepas berjaya membuka pintunya pada pukul 10.40 malam.

Muaz, Foto: Utusan Online
Menurut laporan Utusan Online, mangsa sudah meninggal dunia beberapa hari lalu.

Tunang mangsa yang juga seorang doktor dan bertugas di hospital sama iaitu Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) meminta bantuan anak pemilik bilik sewa berkenaan mencarinya selepas gagal menghubungi mangsa.

Difahamkan sebelum ini mereka mengalami keracunan makanan selepas membeli makan di pasar malam Kuala Inai.


Mangsa didakwa enggan menerima rawatan dan mahu berehat sahaja di bilik sewanya.

Pihak polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati mayat mangsa sudah berbau sebelum dibawa ke Unit Forensik HSNZ untuk proses bedah siasat.

Kematian diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut. -CARI
8

Bagus
1

Marah
6

Terkejut
12

Sedih
7

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zamnie 2-11-2017 10:33 AM
Innalillah... salam takziah
Quote prettyuglybabe 2-11-2017 10:34 AM
biar betul tunang berhari-hari tak contact?
Quote budaktua 2-11-2017 10:36 AM
kuala inai tu kat mana..?
Quote Bedah.Cun 2-11-2017 10:38 AM
Keracunan makanan sampai mati? OMG
Quote vanillaninja 2-11-2017 10:38 AM
Tak kan doktor pun tak nak terima rawatan lepas tau keracunan makanan?

Apa pun takziah buat family arwah.
Quote fushimi 2-11-2017 10:41 AM
prettyuglybabe replied at 2-11-2017 10:34 AM
biar betul tunang berhari-hari tak contact?

macam pelik je

apapun takziah
Quote raradhia 2-11-2017 10:58 AM
yaa allah, dah kenapa xnak terima rawatan? keracunan mknan ni bahaya kan

kesian, alfatihah. .sayang, doktor lg tu. .huhu
Quote mejaputih 2-11-2017 11:01 AM
budaktua replied at 2-11-2017 10:36 AM
kuala inai tu kat mana..?

kalau ikut kat thread sebelah kuala ibai.
Quote manehnya 2-11-2017 11:02 AM
prettyuglybabe replied at 2-11-2017 10:34 AM
biar betul tunang berhari-hari tak contact?
mereka mengalami keracunan makanan selepas membeli makan di pasar malam Kuala Inai.


Mangsa didakwa enggan menerima rawatan dan mahu berehat sahaja di bilik sewanya.
tunang mangsa dirawat kt spital

teruk jugak keracunan tu smpai mati dibuatnya..

harap di siasat makanan jenis apa yg depa makan kt pasar mlm smpai mcm tu skli sakitnya


Quote mawar_pink 2-11-2017 11:02 AM
keracunan makanan?dah kenapa xnak terima rawatan..huhu
Quote nobito 2-11-2017 11:04 AM
Kesiannya.

Hummm...doktor pon manusia.....kalau malas gi hospital kau tumbok lah kunyit buat air...pastu minum....takpe dik minum air Jamu mak esah....tak lucut pon jawatan kau tu dik.
Quote kucen_miang 2-11-2017 11:06 AM
kepok lekor  @dinopower2 ??


Innalillah
Quote minguk 2-11-2017 11:08 AM
doctor juga tak nak terima rawatan..
Quote chaotic_soul 2-11-2017 11:11 AM
Allahummafirlahu........
Quote AmandaRollins 2-11-2017 11:16 AM
Inalillah n salam takziah buat tunang dan keluarga arwah..
Pernah mengalami food poisoning yg paling teruk dlm hidup sy bulan lepas..rasa mcm nk mati..non stop g bilik air..sampai xde benda da nk dibuang..nk pg klinik mmg xlarat nk berdiri..azab nye tuhan je taw..sampai call parent mntk ampun..lepas mnm Ors baru beransur pulih..
Jgn main2 dgn food poisoning..boleh membawa maut klu x cepat rawat..
Quote scorpionkiki 2-11-2017 11:18 AM
kawan dan sanak saudara tak alert kah ...agaknya arwah ni jenis tak berapa nak bergaul kot...
Quote ~boolean 2-11-2017 11:24 AM
doktor belajar tinggi2 pun, tetap malas terima rawatan...apakejadah...

pergi macam tu saja seorang doktor yang berjasa.

tapi hantu rempit tak guna jatuh motor keluar masuk hospital 10 kali tetap liat nak mampus2...
Quote netto_ 2-11-2017 11:32 AM
Aku tgk berita ni smlm kt tv. Rumah agak bersepah doktor ni. Bz sgt kot keje doktor.
Quote PyoNaRi 2-11-2017 12:21 PM
Maybe arwah ni jenis yg suka menyendiri,jarang bersosial.so takda sapa yg tercari2 bila dia menghilang.kadang2 sesetengah org,keracunan makanan ka,demam pening ka,update kat ig story wasap story.jadi kawan2 sedara semua tau jgk perkembangan.

Apapun lepasni kalau terkena food posioning mmg kena check.takut benda lain ja

Tahun lepas ayah i sakit perut sampai muntah2,cirit.kami ingat keracunan makanan atau angin.makan ubat angin pun tak kentut,berak apatah lagi.tp mmg sakit mcm angin.bila pi hosp,rupanya usus bengkak.n hampir2 kena operate.i risau gila bila sebut operate siap nangis lagi takut.tapi syukur sbb masa kena warded,nurse jaga makan minum ubat,so usus dah ok,then tak payah operate.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.044543 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top