Jarang kita dengar staf di mana-mana restoran makanan segera menggunakan loghat tempatan ketika mengambil pesanan pelanggan. Kebanyakannya akan menggunakan bahasa Melayu standard bagi mengelakkan salah faham di antara pelanggan yang tidak menggunakan loghat berkenaan.
Tapi tak bermakna tidak ada yang menggunakan loghat tempatan yang pekat seperti di negeri Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Seorang pengguna Facebook, Reez Rizky berkongsi pengalaman lucunya berdepan situasi bila mana staf Marrybrown di Paka menggunakan loghat Terengganu 'pekat'. Agak lucunya juga apabila staf berkenaan cuba menyebut sesetengah perkataan bahasa Inggeris dalam loghat Terengganu.
Mujur Reez dapat menangkap perkataan digunakan seperti 'Air Sprek' dan 'Ripik Order'. Sampailah staf berkenaan bertanya sekiranya Reez mahu 'bang' atau tidak. Apa maksud 'bang' itu? Ini reaksi Reez. Laa, kenapa tak ganti 'bun' tu dengan roti sahaja? Kan lebih mudah difahami. Ada netizen kata loghat melambangkan negeri masing-masing dan yang penting staf berkenaan mengutamakan bahasa tempatannya. Jangan pelik kalau ada perkataan digunakan boleh menyebabkan salah faham atau lebih teruk, boleh jadi gaduh. Pernah terkena tak? - CARI
|
11
Bagus |
15
Marah |
3
Terkejut |
8
Sedih |
8
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT