Kemas Kini 4:55 PM: Lelaki berusia 27 tahun yang disyaki merogol dan merompak pelajar universiti di Shah Alam berjaya ditahan. mStar Online melaporkan, suspek ditahan pada pukul 4 pagi Jumaat di sebuah pangsapuri di Pelabuhan Klang.
Polis menemui kemeja hitam, sepasang jeans biru, kasud merah, pisau, telefon milik mangsa dan sebuah kereta. -CARI ____________________________________________________________________________________________________ Malang menimpa seorang penuntut sebuah universiti tempatan apabila menjadi mangsa samun dan rogol. Menurut laporan Harian Metro, gadis 22 tahun itu diperdaya seorang lelaki berusia 20an yang berpura-pura bertanyakan arah jalan. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam ketika gadis yang berseorangan itu baru pulang dari pasar malam di Seksyen 7, Shah Alam menghala ke sebuah hentian bas sebelum didatangi suspek.
"Pada masa sama, suspek mengacukan pisau dan menarik mangsa ke dalam kereta lalu menghala ke kawasan kilang berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 7. "Selepas memberhentikan kereta di kawasan gelap suspek merogol mangsa. "Suspek turut merampas wang tunai RM100 dan telefon bimbit mangsa sebelum mengarahkan mangsa turun dari kereta. "Mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut dan satu pasukan khas kini sedang memburu suspek," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol, Seksyen 392 dan 397 kanun sama, iaitu merompak dengan bersenjata serta cuba menyebabkan kematian atau cedera parah. -CARI |
9
Bagus |
20
Marah |
15
Terkejut |
11
Sedih |
14
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
HannahMontana replied at 3-11-2017 08:23 AM
mmg salah satu tanda kuat org tu penjahat selalunya merompak dan merogol org...ialah dgn bertanyak ...
raradhia replied at 3-11-2017 08:38 AM
tu laa sis, mmg easy target laa sbb bersendirian. .ish ish ish, risawnya iols kalau jejalan sendir ...
raradhia replied at 3-11-2017 08:32 AM
ni laa bahaya dah laa seorg2, malam2 lg. .apakah beraninyaaaa kau ni dik?????? yaa ampun, iols dlu m ...
trakea replied at 3-11-2017 09:31 AM
Mereka orang apa ? Dayak sabah ka ? @dizzzek
trakea replied at 3-11-2017 09:31 AM
Mereka orang apa ? Dayak sabah ka ? @dizzzek
dizzzek replied at 3-11-2017 09:32 AM
seDNA dgn anda
noraidil_06 replied at 3-11-2017 09:21 AM
8 30 is not malam buta pun. N its s. 7.seramai manusia kt situ
dizzzek replied at 3-11-2017 09:32 AM
seDNA dgn anda
ADVERTISEMENT