|
Murah betul hati Will Smith bila dia sanggup menyumbangkan AS$5 juta (RM21 juta) kepada bintang filem The Fast And Furious, Tyrese Gibson.
Will Smith berkata sumbangan tersebut diberikan kerana simpati dengan luahan Tyrese yang kini sedang mengalami masalah kewangan. Menurut laporan Daily Mail, wang Tyrese habis digunakan untuk membayar kos guaman bagi mendapatkan hak penjagaan anak perempuannya, Shayla, 10 tahun. Tyrese, 38 telah berkongsi tentangnya melalui laman sosial dan meluahkan perasaan terharunya kerana kebaikan yang ditunjukkan pelakon tersebut ketika dirinya berada dalam kesusahan. Menurut sumber lagi, hubungan Tyrese dengan bekas isterinya, Norma Mitchell Gibson, menjadi semakin buruk selepas bercerai kerana bergaduh tentang hak penjagaan anak mereka.
Dia memerlukan AS$15,000 (RM63,000) sebulan untuk menampung kos guaman dan situasi kewangannya ketika ini ditahap kritikal kerana tidak lagi mendapat tawaran lakonan. Diharap segalanya berakhir dengan baik dan semoga Tyrese kuat dalam dugaan ini. -CARI
|
|
20
![]() Bagus |
31
![]() Marah |
25
![]() Terkejut |
16
![]() Sedih |
15
![]() Lawak |
27
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity


friendshipgoals btol
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.375367 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.