Jarang kita mendengar keindahan negara Nepal dibicarakan. Namun, jangan tak tahu sebenarnya banyak sahaja lokasi menarik dan juga indah di sana.
Salah satunya ialah lembah Barun yang menjadi salah satu pusaka alam milik Nepal. Ia disebut-sebut sebagai salah satu lembah terindah di dunia! Wah! Memetik laman Wonderslist, sebenarnya lembah Barun merupakan kawasan yang dilindungi antara dua negara iaitu Nepal dan juga China. Seluruh bahagian lembah ini termasuk dalam zon Makulu Barun National Park. Lebih terperincinya, lembah Barun ini berada di kaki gunung Makulu yang terletak di pergunungan Himalaya. Gunung Makulu ini merupakan gunung kelima tertinggi dunia yang memiliki 1001 khazanah alam yang tak terjangkau oleh kita.
Pemandangan alam di sini memang luar biasa. Air terjun yang segar, kawasan pergunungan yang hijau, padang rumput dan bunga berwarna-warni di bawah puncak yang penuh dengan salji. Itulah antara yang 'ditawarkan' di lembah ini. Menariknya, flora dan fauna di sini memang masih tidak terusik kerana tiada penghuninya di sini. Yang ada hanyalah beberapa spesies haiwan dan pohon yang tumbuh segar, jauh dari tangan jahat manusia. Dikatakan terdapat lebih 3,000 spesies tanaman berbunga di sini, 440 spesis burung dan 75 spesis mamalia termasuklah harimau bintang, panda merah dan sebagainya. Lembah yang terletak di timur Nepal ini juga membolehkan anda yang menjejakkan kaki ke sini untuk melihat pemandangan puncak gunung Maklu, Chamlang dan juga Baruntse. Sememangnya ia syurga dunia! - CARI
|
ADVERTISEMENT