Seorang pesara kerajaan maut digilis lori muatan sawit di Jalan Keningau - Sook, Keningau, pada jam 2.30 petang semalam. Memetik Harian Metro, Matnih Majid, 64, yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian akibat parah di seluruh badan dan dibawa ke Hospital Keningau.
Sebelum kejadian, mangsa dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bergerak dari arah pekan Keningau menuju ke Sook, kata Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Ahmad Jawila. "Ketika pemandu Toyota Hilux berhenti kerana kenderaan dihadapan berhenti, motosikal yang ditunggang mangsa melanggar belakang Toyota Hilux.
"Akibat kejadian itu, mangsa tercampak ke lorong sebelah kanan lalu digilis tayar belakang lori dari arah bertentangan," katanya. Tambahnya, pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah seluruh badan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - CARI
|
8
Bagus |
9
Marah |
2
Terkejut |
24
Sedih |
9
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT