Hubungan percintaan antara Zul Ariffin dan zahirah Macwilson kini sebenarnya sedang goyah gara-gara isu kontroversi aktres tersebut bersama Kamal Adli.
Perkara tersebut diakui sendiri oleh Zul yang berasa tertekan kerana namanya turut terpalit sekali. "Ketika isu itu tercetus, saya dan Zahirah bergaduh serta tidak bercakap selama tiga minggu. Saya hanya mendapat tahu mengenai isu itu apabila Emma menghubungi saya, bukan daripada mulut Zahirah atau Kamal. "Saya akui terasa hati tetapi tidak marah. Isu ini sepatutnya dapat dielak tetapi apa boleh buat, semua sudah berlaku.
"Hubungan Kamal dan Emma sudah baik, Zahirah pula apa yang dia dapat?" katanya kepada Berita Harian. Zul juga menganggap yang Zahirah tidak berusaha untuk memperbaiki hubungan, sebaliknya terlalu mengikut kata hati dengan mencetuskan isu lain. "Saya kesal kerana isu ini tidak sepatutnya berlaku. Ada rakan di lokasi penggambaran memberitahu Zahirah tertekan apabila kami berselisih faham dan lama tidak berhubung. Apa perlu digaduhkan, hubungi saja saya. "Perlukah Zahirah menyemarakkan hati dengan melakukan perkara yang boleh menimbulkan isu lain? Kami tiada medium lain untuk memperbaikinya. Dia hanya perlu bersemuka dengan saya," tambahnya. Zul juga memaklumkan yang pada masa ini dia langsung tiada perancangan kahwin dengan Zahirah walaupun pernah berbincang tentangnya sebelum ini. -CARI
|
17
Bagus |
18
Marah |
14
Terkejut |
21
Sedih |
30
Lawak |
35
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
eyansss replied at 7-11-2017 07:58 PM
kalau korang gado sebab zahirah, kena la zahirah yang call zul n bersemuka... tapi kalau zul yang mu ...
rukia2 replied at 7-11-2017 08:04 PM
Pd ai.. Zul nih cm set2 hans dan abam wemy..xready lg nk settle down. So, klo pompuan tu betul2 n ...
ADVERTISEMENT