CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Ambil 5 Dolar Je" - Wanita Tak Mengaku 'Kebas' Tip Pemandu Uber

9-11-2017 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5667| Komen: 26

Seorang penumpang dirakam kamera mencuri wang tip pemandu Uber, lapor Metro.co.uk.



Wanita itu, Gabrielle Canales, 18, menaiki Uber bersama dua lagi rakannya di New York, menyeluk ke dalam balang tip di antara tempat duduk pemandu dan penumpang. Dia bagaimanapun, tidak menyangka tindakannya itu dirakam kamera dengan jelas.


Foto: Metro


Menerusi rakaman kamera, mereka pada mulanya sedang berborak dengan senyap di tempat duduk belakang dan hanya menyedari balang berkenaan ketika kereta dinaiki berhenti.

Sejurus itu, wanita berkenaan cepat-cepat mengambil wang di dalam balang berkenaan sebelum 'cabut lari'.

Sebaik sahaja pintu dihempas, pemandu berkenaan, Mohammed H. Bhuiyan, menoleh ke belakang dan mendapati wangnya sudah lesap.



Di penghujung video itu, kelihatan pemandu membunyikan hon sebelum keluar dari kenderaannya, namun mereka sudah hilang dari pandangan.

Video itu dimuat naik Mohammed di laman sosial pada Ogos dan tular sejak minggu lalu. Dia kemudiannya dinasihatkan Uber untuk melaporkan insiden berkenaan kepada polis.

Menyedari dirinya sedang hangat diperkatakan, Gabrielle tanpa rasa bersalah memuat naik gambar di Instagram (IG) miliknya berserta kapsyen.

"Saya hanya mengambil lima dolar sahaja," tulis Gabrielle yang turut mendakwa sudah memulangkan wang itu kepada Mohammed.

Akaun IG Gabrielle sudah dipadam dan dia diharamkan daripada mengakses aplikasi Uber. - CARI
5

Bagus
19

Marah
23

Terkejut
22

Sedih
17

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saladin780 9-11-2017 11:52 AM
ala kesian dia..mungkin x cukup duit nak beli baju
Quote krustykrab 9-11-2017 11:53 AM
wah naik uber kat sana pun kena bagi tips ek
Quote spiderman80 9-11-2017 11:59 AM
Patut diwujudkan Persatuan Pemandu-Pemandu Uber untuk melindungi pemandu daripada ditindas penumpang.
Quote ingatlupa? 9-11-2017 12:03 PM
spiderman80 replied at 9-11-2017 11:59 AM
Patut diwujudkan Persatuan Pemandu-Pemandu Uber untuk melindungi pemandu daripada ditindas penumpang ...

ada dah, patutnya wujud persatuan forumer dari ditindas mod.





Quote chinta89 9-11-2017 12:05 PM
Akaun IG Gabrielle sudah dipadam dan dia diharamkan daripada mengakses aplikasi Uber.

padan muke!

tanpa rs bersalah boleh ckp "5 dolar je??"  
Quote prettyuglybabe 9-11-2017 12:14 PM
tak kena tangkap ke dah jelas-jelas mencuri?
Quote myakayina 9-11-2017 12:19 PM
lima dolar je katanya? sampai habis ko kebas duit org tu..
Quote Artemesiaa 9-11-2017 12:27 PM
Kalau dah jenis panjang tangan tu 5 dollar pun tetap nak dikebasnya
Quote nisako 9-11-2017 01:38 PM
dasar pencuri..................
Quote tajmahal 9-11-2017 02:09 PM
Mcm bukan rembat 5 dollar je.habis kosong balang tu dirembat.dasar pokai
Quote Vokuro 9-11-2017 02:28 PM
pprt kokesen nya kau dek
Quote MH3707 9-11-2017 02:36 PM
ala...ingatkan kat mesia...kalau kat sini, mmg dah kena maki dek den dah hah
Quote vanillaninja 9-11-2017 03:17 PM
Sheols ni memang ada habit mencuri for fun kot.
Quote miemiecha 9-11-2017 05:21 PM
hahahahah ambekkkkkkk
Quote jazaa100 9-11-2017 05:35 PM
ingatlupa? replied at 9-11-2017 12:03 PM
ada dah, patutnya wujud persatuan forumer dari ditindas mod.

Jaga jaga sikit .....

Dia klu tau kau tu labaa.....memang kau kena ban le...
Quote dani-rox 9-11-2017 08:29 PM
seat yg ditinggalkan minah pencuri tuh mcm basah jah... eeuwww.
Quote missyL 9-11-2017 08:54 PM
memalukan nye,
muka lawa
Quote Suchi 9-11-2017 09:50 PM
dani-rox replied at 9-11-2017 08:29 PM
seat yg ditinggalkan minah pencuri tuh mcm basah jah... eeuwww.

Err suar dia basah ke
Quote dani-rox 9-11-2017 09:54 PM

peluh kot

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.146887 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top