Siapa tak kenal dengan Fatimah aka 'Mek Timoh' yang dilahirkan di Birmingham, United Kingdom (UK) dan menetap di situ, tetapi fasih 'kecek Kelate', kan?
Kini, seorang lagi kanak-kanak mula mencuri perhatian orang ramai apabila dia bertutur dalam loghat 'Nogori' walaupun menetap di Perancis. Tak kurang hebatnya dengan Fatimah, kanak-kanak bernama Jade ini juga comel orangnya. Keletahnya terutama ketika dia bertutur dalam loghat Negeri Sembilan mencuit hati netizen.
"Eden tengah tolong omak den potong timun untuk nasi ayam. "Baguih eden kan," katanya dalam sebuah video. Tapi bila dia kecek Bahasa Perancis pula, bertambah-tambah kecomelannya! Sedap saja dengar walaupun tak faham sehabuk! Rata-rata netizen memuji Jade yang boleh bertutur loghat Negeri Sembilan walaupun duduk jauh beribu batu. Amacam, best tak dengar Jade cakap nogori? Kalau nak tengok lebih banyak video dan gambar Jade sekeluarga, bolehlah berkunjung ke Youtube dan Instagram ibunya. - CARI |
alesandra replied at 9-11-2017 04:22 PM
tapi family.uk dah x best.dah takde merepek meraban secara spontan.semuanya scripted.tak cute laaa:m ...
anaktoyol replied at 9-11-2017 04:08 PM
laa...mak budak ni pun forumer cari jugak...board overseas...id nadiamurad klu x silap
alesandra replied at 9-11-2017 04:22 PM
tapi family.uk dah x best.dah takde merepek meraban secara spontan.semuanya scripted.tak cute laaa:m ...
ADVERTISEMENT