Gara-gara meminta sedekah di tempat awam, wanita warga Myanmar didenda maksimum RM100 di Mahkamah Majistret Ampang, hari ini, lapor Sinar Online.
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali selepas tertuduh, Khotijah Soyot, 45, mengaku bersalah meminta sedekah di Jalan Memanda 1, pada jam 10.50 pagi, 27 Oktober. Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu didakwa mengikut Seksyen 27(c) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda maksimum RM100 atau satu bulan penjara atau kedua-duanya. Dia diperintahkan mahkamah untuk dipenjara 14 hari jika gagal membayar denda, namun menurut laporan Sinar, tertuduh sudah membayar denda itu.
Terdahulu, Khotijah yang diwakili peguamnya, Kelvinder Singh Sidhu memohon hukuman denda paling ringan dengan alasan mempunyai lima anak dan dia menyesal serta memohon maaf atas perbuatannya. Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon mahkamah mengenakan hukuman denda maksimum kerana tertuduh mendapatkan perlindungan di negara ini, tetapi mengambil kesempatan memperdaya orang ramai dengan meminta sedekah. - CARI
|
zeed replied at 10-11-2017 01:26 PM
Siap boleh appoint lawyer..denda 100..wakaka
memeque12 replied at 10-11-2017 02:12 PM
myanmar atau rohingya?
ADVERTISEMENT