Setiap majlis graduasi atau konvokesyen mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT), pasti ada 'selingan' yang mencetuskan gelak tawa para hadirin.
Jika ianya 'luar biasa', pasti tular di laman sosial dan menjadi bahan jenaka di antara netizen seperti yang berlaku ketika Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-33 yang berlangsung sejak Sabtu lalu dan berakhir hari ini. Salah seorang graduan berdepan situasi melucukan apabila topi mortarnya tertanggal ketika bersalaman sebelum menerima skrol ijazah. Mungkin dia terlalu malu dan gemuruh sehingga topi mortarnya terjatuh buat kali kedua bersama skrolnya, sebelum dia mengambil semula topi mortar dan berlalu pergi.
Bagaimanapun, graduan berkenaan sekali lagi mencetuskan tawa para hadirin apabila dia menyedari skrol tidak berada dalam genggamannya dan berpatah balik untuk mengambil ijazahnya itu. Walaupun terhibur, namun netizen tidak lupa mengucapkan tahniah kerana dia kini sudahpun bergelar graduan. "Gugup tahap dewa ni... Apapun, tahniah pada graduan tu. "Memang macam itulah kalau jantung mula berdebar semasa tunggu giliran," komen netizen. Kasihan dia, gugup sangat tu. Gelabah macam tu pun, dia tetap comel! Semoga dia tak lemah semangat nak naik pentas selepas ini. - CARI
|
18
Bagus |
14
Marah |
16
Terkejut |
20
Sedih |
12
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
eizarz replied at 13-11-2017 05:21 PM
mcm buat2 ja..utk jadi femes cepat{:thief
kroit92 replied at 13-11-2017 05:59 PM
tak buat, dia memang macam tu. kenal lama dah Huzaifi ni. kelam kabut
kelam kabut, tapi m ...
ADVERTISEMENT