Boleh terbahak-bahak ketawa jadinya bila lalu di tepi lebuh raya, nampak pula papan iklan yang dipasang secara terbalik. Perkara pertama yang terlintas di fikiran mestilah mengutuk pihak yang memasangnya. Betul tak?
Pada mulanya disangka ianya tidak disengajakan, mungkin pekerja tengah mabuk ketika memasangnya. Rupa-rupanya iklan terbalik tersebut turut dilihat di beberapa lebuh raya lain di Lembah Klang. Gambar-gambar papan iklan yang mempromosikan produk minuman tambahan untuk penjagaan dan kecantikan kulit supaya lebih putih itu menjadi tular selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Syukor Majid. Pelbagai reaksi diterima daripada netizen, yang kebanyakannya mendakwa ianya adalah salah satu stragesi pemasaran dalam melariskan produk. Namun ada juga yang mengkritik ianya berbahaya dan mungkin menyebabkan kemalangan kepada pemandu kerana leka melihatnya. "Memang bijaklah siapa punya idea ni, sah-sah orang akan bagi perhatian pada benda pelik." "Lawak betul, tekmik pemasaran menjadi. Barulah berbaloi semua orang tengok, siap ambil gambar lagi." "Sampai teleng kepala aku tengok, bodoh betul. Bahayalah kalau macam ni." Apa pun tidak dapat dinafikan ianya berjaya meraih perhatian ramai. Apa lagi agaknya perkara pelik pengusaha di Malaysia akan lakukan selepas ini? -CARI
|
22
Bagus |
11
Marah |
8
Terkejut |
7
Sedih |
13
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Amina_Mirza: Hahaha mcm2 marketing strategy. Eh ke nak cover dah salah pasang & bagi alasan marketing strategy? Lol
ADVERTISEMENT