Hampir setiap hari kita ambil gambar dengan handphone. Shoot foto waktu kita pose dengan family mahupun dengan kawan kawan. Lepas itu kita upload kat media sosial. Facebook , Instagram. Atau share di Whatsapp atau Messenger group.
Itu semua biasa kita lakukan. Sudah jadi satu kebiasaan zaman ini. Untuk golongan muda. Untuk golongan tua. Namun, apa kata jika salah seorang dalam foto yang kita share tidak suka gambar dia disiarkan di media sosial? Mungkin kerana dia tidak kelihatan menarik dalam foto. Atau mungkin dia tidak mau orang tahu dia berkawan dengan anda. Atau atas sebab tidak mahu sesiapa tahu dia berada ditempat foto diambil. Dan pelbagai lagi sebab.
Bagaimana pula jika dia buat “bising”? Maksudnya complain fotonya diambil dan dimuat naik . Atau buat aduan ? Bolehkah dia berbuat demikian? Kemungkinan besar - boleh. Jika ini berlaku apa yang anda boleh dilakukan untuk “menyelamatkan”diri ? Selaku orang yang ambil dan upload foto . Menurut portal mengenai hak atau apa yang dipanggil “rights portal” yang dikenali sebagai irights.info , anda perlu minta izin terlebih dahulu daripada semua orang yang ada dalam foto sebelum anda shoot. Apa lagi upload foto berkenaan. Ini kata iright.info ialah kerana upload foto ke media sosial ditafsir sebagai satu bentuk atau satu cara penerbitan . A form of publishing. Lantas consent atau izin mesti diperolehi terlebih dahulu. Lebih bagus jika izin itu didapati secara bertulis. A written consent. Jika nasihat iright.info dituruti, ertinya jika anda mahu shoot gambar anda dengan sepuloh orang kawan ,ada perlu tanya setiap orang daripada awal bolehkah anda shoot dan muat naik foto mereka di media sosial. Jika mereka enggan beri izin, lupakan hasrat anda. Jika mereka setuju anda perlu minta izin bertulis daripada setiap orang. Barulah anda shoot dan upload. Semua ini atas nama hak individu dan untuk “protect” anda jika timbul kontroversi dibelakang hari. Secara peribadi tak sanggup saya lakukan itu semua. Bagi saya shoot, upload, habis cerita. Kawan kawan tidak akan complain. Kan mereka kawan kawan? Kawan kawan tak kan bikin kecoh kot.
|
10
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
9
Sedih |
1
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Iema5008 replied at 14-11-2017 02:04 PM
Aku pernah tkena dgn kwn aritu, p vacay kt manila. Aku ckp tlg jgn upload dan tag gmbr aku sbb aku m ...
salmon-suki replied at 14-11-2017 02:49 PM
Haha..bertabahlah sis..
Iema5008 replied at 14-11-2017 02:52 PM
Tlebih btabah... hahaha... gmbr aku paling byk kt fb dia sbb bila dia selfie skali aku masuk sma.. ...
salmon-suki replied at 14-11-2017 02:54 PM
Gmbr candid ke sis?bhahahaha..lagi laa jd bahan smpai akhir hayat..hahaha (sori tergelakkan,tp law ...
salmon-suki replied at 14-11-2017 02:53 PM
Sy pn xske org upload gmbr sy sbb muka sy x fotogenik..irl,nmpk muda (jgn kecam plis) tp dlm pic n ...
Iema5008 replied at 14-11-2017 03:08 PM
Jgn ketak auto aprove.. aku mmg x sanggup nk letak auto approve hahah. Tau feeling staff aku mmg s ...
Iema5008 replied at 14-11-2017 03:06 PM
Candid aku dgn two peice satu.. mnari kat atas stage satu. Hahahah... nasib aku lawa. Cewah.. tp p ...
Kan mereka kawan kawan? Kawan kawan tak kan bikin kecoh kot.
Iema5008 replied at 14-11-2017 02:04 PM
Aku pernah tkena dgn kwn aritu, p vacay kt manila. Aku ckp tlg jgn upload dan tag gmbr aku sbb aku m ...
ADVERTISEMENT