Seorang lelaki ditahan oleh pihak polis kerana dipercayai terlibat membantu bapanya, seorang warga emas berusia 65 tahun membunuh diri dalam sebuah bilik hotel di Genting Highlands Khamis lepas.
Mayat ditemui oleh petugas hotel berkenaan dan melaporkan kepada polis pada 10.20 pagi hari berkenaan, menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Othman Nayan. “Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, mendapati mangsa dalam keadaan terbaring dan terdapat kesan lilitan di bahagian leher selain menjumpai seutas tali yang dipercayai digunakan untuk melilit leher mangsa. “Siasatan awal juga, tidak menjumpai sebarang bukti untuk dikaitkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kes telah diklasifikasikan sebagai SDR (mati mengejut),” katanya kepada Bernama. Namun, kerana ada keraguan siasatan lanjut mendapati terdapat individu kedua yang turut menginap di bilik berkenaan. Dia merupakan anak lelaki mangsa berusia 35 tahun telah berjaya ditangkap pada Ahad lepas di pusat peranginan tersebut. |
ADVERTISEMENT