Bertimpa-timpa pula masalah menimpa Kamal Adli. Selepas kontroversi dengan Emma Maembong, Zahirah Macwilson dan Zul Ariffin, Kamal terbabit kemalangan jalan raya pula pada Sabtu lalu.
Malah, juara Super Spontan Superstar 2017 itu juga kehilangan motosikal berkuasa tingginya jenis Aprilla Shiver, beberapa bulan lalu. Memetik Astro Gempak, kereta dipandunya nyaris terbabas selepas terlanggar sebuah tayar treler di sekitar Nilai, ketika melalui Lebuhraya Utara Selatan. Ketika kejadian, Kamal, 31, dalam perjalanan pulang dari Melaka ke Kuala Lumpur selepas tamat penggambaran filem Escape.
"Alhamdulillah, saya tidak cedera cuma sedikit terkejut susulan kejadian yang berlaku. "Kejadian itu berlaku sangat pantas dan saya tidak sempat mengelak tayar sebuah treler yang lengkap dengan rim tiba-tiba jatuh bergolek di tengah-tengah jalan. "Jadi, bahagian hadapan kereta saya rosak teruk kerana hentaman yang kuat. "Pada malam itu juga saya terus membuat laporan polis dan difahamkan selain saya ada juga beberapa buah kenderaan lain yang mengalami kes serupa. "Apapun, saya terima semuanya dengan reda. Rasanya selepas ini saya kena mandi bunga," selorohnya kepada Astro Gempak. Itulah namanya dugaan. Semoga Kamal terus tabah menghadapi cabaran yang bakal mendatang kelak. - CARI
|
10
Bagus |
21
Marah |
13
Terkejut |
19
Sedih |
11
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
SecretLuv replied at 15-11-2017 03:35 PM
Kenapa nak kena mandi bunga pula?
ADVERTISEMENT