CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tinggal Kekasih Dalam Hutan Lepas Projek

27-8-2013 11:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10661| Komen: 36


KULIM -  Gara-gara takut ditahan polis, seorang pemuda berusia 20-an yang bekerja sebagai seorang mekanik sanggup meninggalkan teman wanitanya di dalam hutan setelah motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang mereka terbabas.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi semalam di Jalan Batu Empat, Sungai Ular ketika Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim  membuat pemeriksaan rambang di kawasan berkenaan.

Menurutnya, suspek dilihat menunggang dalam keadaan laju bagaimanapun memperlahankan motosikalnya apabila menghampiri polis. Menyedari ramai kalangan penunggang motosikal ditahan, suspek kemudiannya melarikan diri ke kampung berdekatan sebelum diburu polis.

“Suspek cuba melarikan diri dengan menunggang motosikal dalam kawasan ladang getah. Bagaimanapun taktik digunakannya itu memakan dirinya sendiri apabila motosikal ditunggang mereka hilang kawalan dan terbabas.

"Suspek tidak mengalami sebarang kecederaan kemudiannya bangun dan melarikan diri dalam hutan berdekatan tanpa menghiraukan kekasihnya yang  terhumban  ke dalam semak.

"Walaupun dipanggil beberapa kali oleh kekasihnya, suspek tetap melarikan diri. Teman wanita suspek dan motosikal ditunggang mereka kemudiannya dibawa ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurut kekasih suspek yang berusia 21 tahun dan bekerja di sebuah kedai roti itu, dia mengenali lelaki itu setahun lalu dan sekarang tinggal bersama ibu suspek di Terap.

Katanya, disebabkan dia berhadapan dengan masalah keluarga selain mahu selalu bersama teman lelakinya itu, wanita terbabit mengaku sering melakukan hubungan seks dan hidup bersekedudukan bersama kekasihnya.

Polis kemudiannya  menghubungi keluarganya dan meminta datang ke Balai Polis Kulim untuk membawanya pulang ke rumah.

Ibunya ketika ditemui berkata, anak perempuannya memaklumkan kepadanya dan suaminya bahawa dia tinggal bersama seorang rakan perempuan di Kampung Siam dan tidak tahu langsung akan perlakuan buruk dilakukan anaknya itu selama ini.

“Dia tak mahu tinggal dengan keluarga kerana nak bebas. Dia bukan ada pelajaran tinggi, setakat darjah enam sahaja. Kali pertama dia menikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya bercerai.

"Kami sudah menasihatinya tetapi dia tidak mahu dengar. Kehidupan kami memang tidak mewah kerana bapanya hanya bekerja sebagai penoreh getah. Dulu lelaki itu (suspek) memang berhajat hendak meminang anak kami, bagaimanapun majlis itu dibatalkan kerana dia maklumkan kepada kami dia tak ada duit. Saya tahu dia cuma nak main-main kerana anak kami ni janda,” katanya.

Ghuzlan meminta pemilik motosikal Modenas Kriss yang ditahan untuk datang IPD Kulim.

7

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
8

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote none88 27-8-2013 11:39 AM
banggang punyer pakwe...taw sedaaappp je ek...
Quote manehnya 27-8-2013 11:39 AM
kulim lg...

ni lah spesis Mak Janda Kulim

dan pasangannya lelaki sangap

KULIM KULIM KULIM
Quote manehnya 27-8-2013 11:40 AM
mengaku sering melakukan hubungan seks dan hidup bersekedudukan bersama kekasihnya.


x maluw

otak dok di kemaluan
Quote itik_kuning 27-8-2013 11:42 AM
dalam gambar yang sebelah kanan tu lelaki ke perempuan? nampak macam pengkid
Quote haluz 27-8-2013 11:48 AM
Tuuu diaaaa....  Why not today... ??
Quote mikasa 27-8-2013 11:50 AM
why not today?
Quote ritz_ezzat 27-8-2013 11:54 AM
ni namanya sundal....
taww nak sedap jerkkki
Quote namirulmukminin 27-8-2013 11:59 AM
Time sedap pandai je tunjuk macho... time kena kejor dgn polis lintang pukang lari tak ingat donia... terus jadik sayur "anu" nya tu... sanggup tinggal galpren dalam hutan... takdak telor punya jantan...
Quote hzln 27-8-2013 12:00 PM
bbrp minit sblm tu agaknya baru lepas berjanji manis bulan bintang lautan api sanggup ku renangi demi utk bersamamu sayang....sudahnya muto melingkup lari mencicit masuk utan....jantan spesis sampah
Quote hzln 27-8-2013 12:01 PM
muga dibaham binatang buas...padan muker
Quote yipun_78 27-8-2013 12:03 PM
kalo gepren dia kene rogol kang siannya, sib baik ok
Quote sueism 27-8-2013 12:08 PM
kalau aku lah , aku pergi cari jantan tu lepas tu aku tendang telur 2 bijik dia kalau lah tinggal aku sorang2
Quote yipun_78 27-8-2013 12:10 PM
hzln posted on 27-8-2013 12:00 PM
bbrp minit sblm tu agaknya baru lepas berjanji manis bulan bintang lautan api sanggup ku renangi dem ...

lautan api direnangi tp roadblock polis x lepas
Quote akuMNdia 27-8-2013 12:11 PM
kalau si pempuan tu dok hadap lg bopren yg jahanam ni mmg sah takder akalnyer manusia..
Quote sapp73 27-8-2013 12:14 PM
harap minah ni tak hadap  kat jantan ni lagi
Quote kenarikelabu 27-8-2013 12:15 PM
hadoi yaiii....ada jugak la kaum yg macam nih...
Quote lizaliza 27-8-2013 12:16 PM
aduhai..dah la susah..lagi menyusah...
Quote wunan88 27-8-2013 12:19 PM
why not today??????????????????????
Quote mizsrose 27-8-2013 12:29 PM
naseb baik kena tinggal sebelum kawen.... jantan pentingkan diri sendiri.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.119404 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top