Alahai comelnya tengok dia bergaya depan kamera dengan aksi-aksi yang sangat lucu dan mencuit hati. Jangan ingat anak muda sahaja yang minat dalam dunia fotografi, Kimiko Nishimoto yang berusia 89 tahun ini pun tak nak ketinggalan!
Menurut Bored Panda, Kimiko Nishimoto yang berasal dari Jepun ini mula minat bergambar sejak 17 tahun lalu iaitu ketika usianya 72 tahun. Pada mulanya anak Kimiko membuka kelas fotografi bagi pendatang baharu, tapi dia pun ikut sertai sekali.
Dari situlah kebolehannya bergambar dan menyunting gambar menjadi tumpuan ramai dari seluruh dunia. Bermula dari suka-suka untuk mengisi lapang, kini Kimiko sudah jatuh hati dalam bidang tersebut dan terus merakamkan pelbagai gambar sebagai cara untuk mengekspresikan diri. Menariknya, nenek ini akan menganjurkan pameran solonya di Tokyo's Epson Epsite Imaging Gallery pada 12 Disember 2017 dan 18 January 2018. Misal kata anda ada di Jepun ketika itu, jangan lupa untuk pergi ke sana untuk sama-sama menyokong kerja seninya. Agak-agaknya ada tak Kimiko Nishimoto versi Malaysia di sini? -CARI
|
6
Bagus |
7
Marah |
6
Terkejut |
13
Sedih |
6
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT