Tiga nelayan tempatan menemui mayat tanpa kepala di perairan Pulau Kapas. Dalam satu kenyataan Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Rahim Ramli berkata, mayat yang dipercayai lelaki , ditemui dalam keadaan reput.
Mangsa juga tidak berpakaian dan tidak mempunyai pengenalan diri, dijumpai terapung pada jarak 10.8 batu nautika dari Pulau Kapas. Bot maritim yang dalam perintah pengoperasi dan berada di laut bergegas ke lokasi kejadian pada pukul 5.30 petang sebaik menerima laporan. Menurut laporan Bernama, agak lama masa yang diambil untuk mayat ditemui berikutan keadaan laut yang bergelora.
Mayat dibawa ke gensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) DM 9 Pulau Kambing pada 6.30 petang dan telah diserahkan kepada Polis Daerah Marang untuk siasatan lanjut. Sebelum ini pada hari Sabtu, satu mayat tanpa identiti dan masih memakai seluar trek berwarna hitam turut ditemui pada kedudukan 11 batu nautika dari Pulau Kapas lebih kurang pukul 5.00 petang. -CARI
|
19
Bagus |
16
Marah |
6
Terkejut |
16
Sedih |
18
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT