CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Roti Tisu Atau Alas Meja, Ia Konsep 'Future Classic' - Datuk Rizalman

20-11-2017 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 19556| Komen: 152|Original author: Oleh: Adib Za

Sopan dan elegan. Itulah yang boleh dikatakan terhadap rekaan busana pernikahan pelakon Izara Aishah baru-baru ini.

Pun begitu, ia tetap mendapat pelbagai respon negatif dan juga lemparan kata-kata pedas terutama terhadap fesyen kerudung atau veil yang digayakan isteri kepada Adib Khalid itu. 


Selain dikatakan seperti alas meja, tak kurang juga yang menyamakannya dengan roti tisu. Alahai sebegitu murahkah rekaan fesyen Izara ini?

Akhirnya, pereka fesyennya, Datuk Rizalman Ibrahim tampil menerusi laman Instagram menjelaskan, gaya persalinan Izara itu bukanlah satu yang mudah untuk dihasilkan. 


Menamakannya sebagai tema 'future classic' ilham untuk menterjemahkannya memakan masa bukan sekejap malah berbulan-bulan lamanya. 


Memetik laporan Mstar pula, Rizalman berkata dia tidak mempedulikan kritikan negatif kerana yang penting pihak pengantin menyukainya. 


"Kerudung itu adalah ilham daripada songket keras yang digunakan zaman Diraja dahulu.

"Biasalah, apabila bercakap tentang fesyen, bukan semua orang akan suka dengan apa yang kita gayakan," katanya. - CARI 

4

Bagus
4

Marah
15

Terkejut
4

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sepitsiput 20-11-2017 10:07 AM
anggun

design dia cantekk
Quote pittjie 20-11-2017 10:10 AM
baju dia cantik. tapi tu la kerudung tu mmg to me .. too large. nampak2 je .. especially time gambar kat meja makan .. iols tengok awatnya izara pakai gebar atas kepala.
Quote zulka 20-11-2017 10:11 AM
mcm keras je
Quote cap_ayam 20-11-2017 10:13 AM
Oh ye ke . Baiklah.
Quote pjade 20-11-2017 10:21 AM
Kalau sesuatu tu pleasing, i.e. sedap mata memandang, takdenya sesapa nak hencap. Justify lah berapa mau, kalau nampak pelik, tetap gak orang komen. Wat lek dah.. (euw... bahasa BBNU.. hahaha)
Quote borrow 20-11-2017 10:23 AM
Yap ,  pedulikan mulut weols yg hansuang .

Lelama ai ske gak design ni . Tp  ada moment2 ai rasa funny.

z.jpg

zz.jpg

zzz.png


Quote dubuk 20-11-2017 10:24 AM
dubuk bagi lima bintang
Quote buragazz 20-11-2017 10:27 AM
Ha ah lah... macam kelambu...
Quote aechae 20-11-2017 10:28 AM
borrow replied at 20-11-2017 10:23 AM
Yap ,  pedulikan mulut weols yg hansuang  .

Lelama ai ske gak design ni . Tp  ada moment2 ai ...

Omg...pic 2nd tu...sblh2 dgn alas meja mkn tu...x jauh beza
Quote makgetah 20-11-2017 10:29 AM
Cantek .aku suke sgt nampak sgt klasik. Tapi kalau buat pakai ataih pelamin utk ambil gambo mmg cantek but nak duduk kt meja beradab tak pakai pon ok
Quote zaziot 20-11-2017 10:31 AM
kerudung tu lawa...cuma terlalu besar dh mcm alas meja..kalau dia buat size yg kecik sket bru ok..plus..kacantikan izara terselindung balik kerudung tu..mcm nmpak x nmpak..kesian pun ada
Quote CiliPadiSedap 20-11-2017 10:32 AM
macam hantu maklimah berkemban nak mandi sungai kampung pisang
Quote idakamaruddin 20-11-2017 10:36 AM
borrow replied at 20-11-2017 10:23 AM
Yap ,  pedulikan mulut weols yg hansuang  .

Lelama ai ske gak design ni . Tp  ada moment2 ai ...

actually i rasa mcm cantik je tapi kalau dr depan la

kalau dr tepi rasa mcm izara seorang wanita melayu terakhir yg sangat pemalu org nyeeeee hahahahaha

tp lawak la gak kalau dr tepi mcm eh jgn la amik gmba i, i tak suka..i malu... i paranoid...

mcmtu


Quote msrosse 20-11-2017 10:36 AM
rizalman nih klu bercakap batu pun blh terbang! konon travel 1 dunia nak cari inspirasi, baca sejarah seawal 18th century, pergi tgk theater nk carik idea sampai luar negara konon .. tp hasilnya lapik meja!!

cakap jerlah dah tak ada idea kan senang .. tetap juga nak upkan diri ... baju izara tu pun oversizelahh .. lengan tgn dia menggelebeh ... susahlah org yg tak nk akui kelemahan diri sendiri nih baju pengapit lebih terletak rasanya ... bukak biji mata luas2 ... izara hampir terjatuh masa nk turun tangga tulah
Quote gerbera.memopad 20-11-2017 10:37 AM
Gambar dr depan ok je veil tu actually

Tapi dari sisi
Quote drivethru 20-11-2017 10:39 AM
Sepatut nye pakai alas meja saiz 4 kerusi. Tapi dia guna alas meja saiz 12 kerusi.
Quote Ammar80 20-11-2017 10:42 AM
cantik ...cuma rasa x puas tgk izara di hari bahagia dia .. patutnya blh nmpk wajah comey dia tu .. tp x pe la masa majlis sanding smlm ok la jg ..
Quote Ammar80 20-11-2017 10:44 AM
teringat pengatin tun aminah ..solekan malar segar .. cantik n fresh wpun simple..
Quote encikWawad 20-11-2017 10:45 AM
Si rizalman ni rectify konon ikut melayu dolu dolu lepas ada twitter from some guy post pic gambsr lama orang dedulu pakai songket as kerudung watever - bullshit sangat

Lihat semua komen(152)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.198345 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top