CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Menyusahkan Je 'Rumah Paku' Ni, Tapi No.1 Tu Memang Comel!

22-11-2017 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10783| Komen: 21|Original author: Oleh: Maly Rosli

Ingat lagi tak dengan filem animasi 'Up'? Ternyata filem berkenaan diinspirasikan daripada kisah benar di mana seorang tuan rumah menolak untuk menjual rumahnya kepada pihak pemaju.



Foto: IMDb

Nah, rupa-rupanya banyak lagi kisah serupa berlaku di beberapa negara lain.

Rumah begini dikenali sebagai 'rumah paku' kerana kedegilan tuan rumahnya yang berkeras mempertahankan tempat tinggal mereka seperti paku yang sukar dicabut dari dinding. Bagaimanapun, di sisi lain ia merupakan satu pemandangan unik.


1. Ballard, Seattle, Amerika Syarikat (AS) 


Edith Macefield enggan menjual rumahnya walaupun ditawarkan 1 juta dolar. Kisah Edith kemudiannya menjadi inspirasi bagi filem animasi Up.


2. West End Avenue, New York


Rumah Mary Cook kini dihimpit di antara dua bangunan gergasi selepas semua bangunan di kejiranannya diruntuhkan.


3. St. Patrick Street, Toronto, Kanada


Seorang penghuni di rumah dupleks ini enggan menyerahkan kediamannya. Hasilnya, ia 'dikerat' separuh.


4. China 


Rumah paku ini dibiarkan di tengah-tengah lebuh raya kerana kedegilan penghuninya.

Walaupun penduduk di situ kemudiannya berjaya dipujuk untuk dipindahkan, rumah itu dibiarkan di situ sebagai tanda tentangan terhadap pemaju.


5. Portland, Oregon, AS 


Randal Acker enggan menjual rumah bergaya Ratu Victoria ini dan sebab itulah Universiti Portland ini membina sebuah asrama besar di sekelilingnya.


6. Guangzhou 


Sebuah jalan lingkaran terpaksa dibina kerana tiga keluarga enggan keluar dari kediaman mereka.


7. Austin Spriggs, Washington D.C. 


Tuan rumah ini enggan menjual rumahnya walaupun ditawarkan 3 juta dolar, walaupun dia kemudiannya menjual rumah berkenaan pada harga 4 juta dolar.


8. Allmendstrasse, Zurich-Brunau, Switzerland 


Inilah yang dikatakan hidup di bawah jambatan.


9. Amsterdam, Belanda


Pihak Victoria Hotel gagal mendapatkan hak kepemilikan rumah berkenaan kerana harga permintaan yang tinggidan hotel itu terpaksa dibina mengelilingi rumah tersebut.

Kini, rumah itu menjadi kedai cenderamata.


10. Shanghai


Rumah paku ini menghalang lalu lintas.


11. Narita, Jepun

Foto: Bored Panda

Peladang enggan menyerahkan tanah mereka di tengah-tengah lapangan terbang ini. Malangnya, tak semua landasan di sini boleh digunakan kerana kedegilan peladang ini untuk berpindah.


Hisy, degil betul mereka ni, aman ke hidup di tengah-tengah kesibukan jalan raya tu? Paling haru, rumah di landasan kapal terbang tu tak bosan ke rasa dunia mereka hari-hari bergegar? - CARI
5

Bagus
20

Marah
2

Terkejut
14

Sedih
8

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 22-11-2017 02:37 PM
yg 1st tu comel sgt

Quote chinta89 22-11-2017 02:52 PM
brpe kali ulangtayang dah kat cari ni pasal rumah2 enggan dijual pemilik
Quote mizruncing 22-11-2017 03:01 PM
unik tp cntik plak tgk. just lame2 jadi serabut sbb nk hadap suasana keliling tu
Quote RatuDunia94 22-11-2017 03:32 PM
Yg kat china tu bukan dh dirobohkan ke aritu?
Quote kukukatablog 22-11-2017 10:13 PM
no 2 tu teringatkan cerita Stuart Little punya rumah....
Quote dauswq 23-11-2017 02:18 AM
idakamaruddin: yg 1st tu comel sgt


Rumah tunggal dekat kampung baru, chow kit tu masuk list gak?TT kena update gak. Kita pun ade gak dlm list ni sepatutnya
Quote mrizumi 23-11-2017 07:12 AM
Habis kena himpit la..tp mcm kat china tu..smpai myusahkn org sbb halang lalu lintas baik pindah la..rasa bsalah plak kalau hari2 org duk mrungut..
Quote Meiizu 23-11-2017 09:53 AM
kes ni takde kat msia kan
ke kena paksa roboh rampas terus
Quote merrissa 23-11-2017 11:52 AM
Meiizu replied at 23-11-2017 09:53 AM
kes ni takde kat msia kan
ke kena paksa roboh rampas terus

kalo kat mexico...tembak....simen...selesai....wakakkaka
Quote Artemesiaa 24-11-2017 02:58 PM
Kat Malaysia pun ada sebegini tapi macam dah nak kena roboh je
Quote DeeHanania 25-11-2017 07:47 PM
Ofkos umah no 1,
Tringat filem Up
Kalo kat sni,
Da runtuh dah
Quote kuzaime 25-11-2017 09:12 PM
Ada yg nampak unik, ada yg nampak serabut n ada yg nampak bahaya..
Quote beautifulliar 25-11-2017 10:48 PM
Comelnya umah ada belon2
Quote misssakura 26-11-2017 08:22 AM
Mcm comel je rumah bwh jambatan
Quote eyansss 27-11-2017 02:16 AM
yang no 8 tu aku memang seriaus... dok terbayang la konkrit tu jatuh...
Quote notsospecial007 28-11-2017 11:28 AM
ada yg comell.. tp ada yg menyusahkan terutama di china tu..
Quote men_cari 28-11-2017 11:58 AM
byk yg menyusahkan je rumah paku nih...
Quote cmf_ultraviolet 28-11-2017 03:45 PM
yg tengah jalan raya tu...bahaya
Quote Cari-Faizal 20-12-2017 01:51 PM
mmg hati batu owner rumah tu.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.042134 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top