Pelakon Korea, Ma Dong Seok yang sebelum ini membintangi filem pecah panggung, Train To Busan telah meraih populariti mendadak. Buktinya selepas itu dia banyak menerima tawaran berlakon drama, filem dan juga iklan.
Terbaru, pelakon berusia 46 tahun ini dikatakan telah mendapat perhatian penerbit dari Hollywood! Hebatnya! Tambah panas, dilaporkan dia kini sedang menjalani sesi ujibakat di Marvel Studios. Memetik Sports World, rupanya orang Hollywood tertarik dengan bakat luar biasa Ma Dong Seok selepas melihat penampilannya dalam filem Train to Busan yang ditayangkan di Festival Filem Cannes tahun lalu.
Mempunyai badan yang sasa dan bahu bidang, katanya orang Hollywood terpukau dengan gaya hebat pelakon ini menewaskan zombie dalam filem itu. Menurut sumber itu lagi, gaya lakonan ini menunjukkan Ma Dong Seok mempunyai aura seorang adiwira dalam filem. Pelakon hebat ini sebelumnya merupakan jurulatih MMA dan juga atlet bina badan. - CARI
|
8
Bagus |
9
Marah |
6
Terkejut |
3
Sedih |
15
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Themilo replied at 23-11-2017 02:55 PM
berlakon dengan raja ilya ke nanti?
hanakikan replied at 26-11-2017 03:07 PM
sedap body mcm ni. kalau peluk je susah nak lepas
ADVERTISEMENT