Kanak-kanak berumur tiga tahun ditimpa malang apabila mata kail tersangkut di kelopak mata kirinya. Kejadian berlaku ketika Luqman Farizzuan Muhd Ridduan bermain joran tidak jauh dari rumahnya di Pokok Tampang, Tasek Gelugor.
Menurut Harian Metro, mata kail di joran tiba-tiba tersangkut pada kelopak mata sebelum menyebabkan dia mengangis kesakitan. Walau bagaimanapun mangsa bernasib baik apabila kejadian tersebut disedari oleh jiran, yang kemudiannya memotong tali joran tersebut. Bapa mangsa, Muhd Ridduan Ismail, 29 mengetahuinya selepas pulang dari kerja. "Sebaik meneliti mata kail berkenaan saya dapati ia tersangkut pada kelopak mata Luqman dengan bahagian cangkuk berada di bahagian dalam.
"Nasib baik ia tidak terkena anak mata, jika tidak dia mungkin akan mengalami kecederaan lebih serius." Mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) dengan mata kail masih melekat pada kelopak mata. "Bagaimanapun, anak saya dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk rawatan. "Nasib baik mata kail berjaya dibuang tanpa perlu pembedahan. Jika tidak entah apa akan jadi." -CARI
|
3
Bagus |
7
Marah |
8
Terkejut |
4
Sedih |
2
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT