Hanya disebabkan tunang anak lelakinya dikatakan terlalu pendek, seorang ibu di China mengambil keputusan untuk membunuh diri. Mayat wanita yang berusia 47 tahun itu ditemui di sebatang sungai di Ningling, Wilayah Hanan oleh suaminya sendiri.
Suami mangsa yang turut sama bersedih dengan pertunangan anaknya juga terjun ke dalam sungai, sebelum diikuti oleh anak lelaki mereka. Walau bagaimanapun, menurut laporan Daily Mail, si bapa dan anak berjaya diselamatkan oleh pihak polis.
Laporan People's Daily pula menyatakan, mangsa yang dikenali sebagai Ms Lin itu membunuh diri kerana tidak dapat menunaikan permintaan bakal menantunya yang meminta kereta sebagai hadiah perkahwinan. Namun, Jabatan Propaganda Ningling menafikannya dan memberitahu mangsa membunuh diri kerana tidak dapat menerima ketinggian bakal menantunya. Kenyataan tersebut menyebut, "Si mati Lin tidak bersetuju dengan anak lelakinya berhubung pertunangan. Lin tidak menyukai pasangan anak lelakinya, sambil mendakwa gadis itu terlalu pendek." -CARI |
5
Bagus |
9
Marah |
1
Terkejut |
7
Sedih |
1
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
noraidil_06 replied at 24-11-2017 10:50 AM
{:cryrun Pendek pun comel ape
En.Lemon replied at 24-11-2017 10:40 AM
Apalah masalah dengan wanita yang bertubuh pendek? {:sing
ADVERTISEMENT