CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Geli Hati Aku Baca Anak Muda Tak Boleh Survive Dengan Gaji RM2000"

24-11-2017 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 33907| Komen: 216|Original author: Oleh: Myra Rozi

"Geli hati aku baca anak muda tak boleh survive hidup di kota dengan gaji RM 2,000. Aku gaji 2500 anak tiga boleh je. Masih lagi bernafas."

Berdesing telinga, sakit hati terus membaca status Twitter wanita yang dikenali sebagai Anis Hafiza ini.

Sekelip mata dia menjadi tular gara-gara kenyataan 'berani mati' yang mendakwa anak muda sekarang terlampau manja dan banyak mengeluh hidup di bandar dengan pendapatan RM2000.

Malah dia menjadikan dirinya sebagai contoh kerana sudah memiliki 6 buah rumah setakat ini dan sedang dalam perancangan untuk memiliki rumah idaman pula.

Melihat dari statusnya di twitter, Anis gemar menggunakan hartanah sebagai senjata utama dalam menyampaikan mesej bahawa anak muda mampu hidup selesa di bandar besar walaupun bergaji kecil.

Dia juga menyelar tindakan segelintir anak muda yang lebih suka menghabiskan duit membeli benda yang tidak berfaedah berbanding mengumpul aset terutamanya membeli rumah.

Kata-katanya yang didakwa berbaur sindiran ini mengundang banyak kecaman dari netizen yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan.


Mungkin apa yang cuba disampaikan wanita ini tentang kaedah pengurusan kewangan ada betulnya, namun bukanlah dengan cara sebegini.

Ada cara lain yang lebih baik dan positif, dan bukan dengan cara provokasi dan memperlekehkan gaji serta kehidupan orang lain. Apa pendapat anda? -CARI

13

Bagus
16

Marah
18

Terkejut
15

Sedih
4

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jane_hopper 24-11-2017 02:21 PM
SEMBANG gaji rm2500 bole beli 6 biji rumah, meolls pun bole up status mcm tu, ingt netizen bodo???
Quote moonbug 24-11-2017 02:35 PM
Banyaknya rumah sampai 6 biji
Quote CiliPadiSedap 24-11-2017 02:51 PM
puan anis hafiza ni saya pernah jumpa dengan suami dia , dia memang ada 6 biji rumah. minat dia property.

jadi netizen yang nak kutuk tu rasanya perlu berguru dengan puan anis berbanding kecam.

pada akak simple, lain orang lain matlamat kewangan.. kalau semua orang beli property dengan gaji RM 2000 siapa nak jadi penyewa? yang nak bebas kewangan boleh berguru cari ilmu. yang nak pakai honda toyota silakan terus lifestyle

life is about choice.
Quote CiliPadiSedap 24-11-2017 02:52 PM
jane_hopper replied at 24-11-2017 02:21 PM
SEMBANG gaji rm2500 bole beli 6 biji rumah, meolls pun bole up status mcm tu, ingt netizen bodo???

dia ada rumah dia ada homestay. dia melabur property. netizen tak semua serkap jarang. dia bukan sembang dia dah take action.

gaji sis tentu mahal dari dia tentu dah ada belas property.
Quote lambada 24-11-2017 02:54 PM
nak menipu pon...agak2 le yek...
Quote CiliPadiSedap 24-11-2017 02:56 PM
moonbug replied at 24-11-2017 02:35 PM
Banyaknya rumah sampai 6 biji

ada suami isteri  org nilai 232 biji rumah, semua rumah lelong. macam mana dia mampu beli sampai 200 biji rumah tu? tak pasti. mungkin :

> guna payslip proxy
> guna ihc ( investment holdings company)
> mungkin ada duit lumpsump jual bisnes

wallahuallam.
Quote Andyscenes 24-11-2017 02:58 PM
Nak seribu daya x nak seribu dalih.. kalau dia boleh buat kenapa tidak aku??
Quote nisako 24-11-2017 02:59 PM
wow byk rumah dia...............
Quote Super-M 24-11-2017 03:00 PM
sembang gebang gini lah..semua menumpang..asalnya dia bukan org tak tahu.

aku pun boleh cakap aku suri rumah je aku boleh ada hartanah sendiri.aku xpinjam bank.xkan yang keje xmampu??

hakikatnya kat blakang aku guna duit gaji laki aku bg,aku bisnes tepi,laki aku bonus keje bagi half,bonus company sendiri bagi half.nampak gempak tak aku?sama mcm minah yg cerita beli hartanah gaji sikit tu..hakikatnya pinjam duit bapak..bapak kaya boleh lah cerita
Quote CiliPadiSedap 24-11-2017 03:01 PM
cmni dia beli rumah sampai 6 biji sebab berilmu. keknis aka mak jemah kalau baca kt cariforum saya dah keluar dari group whatsapp mak jemah, smartphone kena curi..

> rumah pertama beli > sewakan dengan setting perabot ( modal RM 5000) > dapat cash flow RM 500 sebulan

> rumah kedua dapat deposit penyewa  2+ 1 > buat modal sublet rumah kedua > bulanan dapat RM 500

dua biji rumah ada extra RM 1000 sebulan..filekan siap2  buat tenancy aggrement supporting document , lhdn, bank statement submit lah loan.

dulu dah 4 thread akak ajar cara beli rumah.poyo cakap xlogik lah macam2 alasan.

nak seribu daya tak nak berjuta dalih.. dengan ilmu apa saja dilakukan akan mudah berjaya.
Quote CiliPadiSedap 24-11-2017 03:05 PM
Bank kt malaysia xbodoh nak bagi mak jemah loan bank sampai 6 biji rumah. bank akan bagi loan pada orang yang mampu bayar loan sahaja. jadi buktikan dengan documentation kepada pihak bank bahawa ada income lain. ada cash flow . ada tenancy aggrement. baru bank suka mudahkan kerja mereka.

Quote afie_m 24-11-2017 03:07 PM
wau..wau,,wau...kena menuntut ni..i pun minat property juga...
Quote zeed 24-11-2017 03:14 PM
CiliPadiSedap replied at 24-11-2017 03:01 PM
cmni dia beli rumah sampai 6 biji sebab berilmu. keknis aka mak jemah kalau baca kt cariforum saya d ...

Untuk investment better high rise atau teres?
Quote Super-M 24-11-2017 03:21 PM
mmg xmustahil nak beli rumah..dia ni bukan org xtahu.bukan xkenal..but so unfair bila nak bezakan dia dgn org lain..

dia kena ingat awal dulu dia menumpang rumah mak bapak atau hidup sendiri?aku pun xpernah keje berslip gaji,sejak suri rumah ada harta atas duit sendiri.sbb aku kawan dgn cina buat bisnes hartanah,dia yg banyak ajar.tp xpernah nak cakap org lain teruk aku goyang kaki xda slip gaji pun boleh beli rumah.
Quote dory.thefish 24-11-2017 03:24 PM
hebat die bleh ade 6 aset dgn gaji rm2500. part tu ai salute. tp jgn berlagak sgt kak bila bercakap 2. buat org panas hati je. takut 1 masa tuhan uji susah br thu.
Quote estrelle 24-11-2017 03:27 PM
Super-M replied at 24-11-2017 03:21 PM
mmg xmustahil nak beli rumah..dia ni bukan org xtahu.bukan xkenal..but so unfair bila nak bezakan di ...

Betul tu kak.Perlu ke nak bandingkan diri sendiri dgn org lain.Mendongak ke langit sangatlah.Walau ada juga point yg sy setuju.
Quote jane_hopper 24-11-2017 03:31 PM
CiliPadiSedap replied at 24-11-2017 02:52 PM
dia ada rumah dia ada homestay. dia melabur property. netizen tak semua serkap jarang. dia b ...

Thats y i said SEMBANG, die bole ada byk properties sbb dr sumber2 SIDE INCOME die, bkn hanya pd gaji rm2500 (refer her status ok??) U think kalo die cerita pasal side income semua tu ada org nk kecam ker?? Sah2 semua org tau side income tu one of factor yg memudahkan home loan utk lulus, ini status konon mcm gaji rm2500 jer die dpt beli semua rumah tu, thats y i said we are not stupid! Dont hide the facts to others that u own properties because of ur supporting side incomes as well, status x pyh nk gebang sgt

Mcm la org x pernah beli rumah & syarat lulus home loan mcm mana, btw meolls mmg x ada berbelas2 rumah, yer la meolls bkn mcm dato vida khenns duit berkepok tp ada la asset utk duduk sendiri & bg sewa kat org, ok la kan dr x ada?
Quote dinopower2 24-11-2017 03:39 PM
CiliPadiSedap replied at 24-11-2017 02:51 PM
puan anis hafiza ni saya pernah jumpa dengan suami dia , dia memang ada 6 biji rumah. minat dia prop ...

wpun agak riak bunyi....tp make sense sbnrnya.... sbb die beli n sewa... duit sewa la cover segala... tp mmg yg jenis nak enjoy mmg takkan terima....
aku dulu pun jenis mcm bbdk muda skrg yg tak reti menyimpan... tp skrg syukur la dpt gak seketul rumah.... wpun jauh nak masuk klang haha....
tp aim kena ade... tmbh merungut tambah sempit rezeki masing2... rajin2 usaha n tmbh ilmu...
Quote palmolive 24-11-2017 03:45 PM
aku dulu ada gak rumah...4 bijik..kadang tu hotel..
tp dh jual semua...

Lihat semua komen(216)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.068333 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top