CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sekali Lafaz, Fazura Sah Jadi Milik Fattah Amin

28-11-2017 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 92158| Komen: 2488|Original author: Oleh: Myra Rozi

Pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin selamat diijabkabulkan pada Isnin.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup di Hotel Ritz Carlton. Menurut mStar Online, lebih kurang pukul 9.50 malam, Fazura selamat bergelar seorang isteri dengan sekali lafaz.


Majlis dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat kedua-duanya. Fazura anggun mengenakan baju kurung moden rekaan Rizman Ruzaini.

Foto: Berita Harian
Perkhabaran pernikan ini ternyata mengejutkan peminat yang tidak menjangkakan ianya berlangsung secepat itu.

Walau bagaimanapun ucapan tahniah dan doa semoga ianya berkekalan membanjiri ruangan komen media sosial.


Menariknya, tarikh pernikahan 27 November 2017 dipilih mungkin tahun ini Fattah berumur 27 manakala tarikh hari jadi Fazura pula adalah pada 27 hari bulan.

Majlis resepsi bakal diadakan pada tahun hadapan khabarnya. Apa pun, tahniah sekali lagi diucapkan kepada kedua mempelai. -CARI
4

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beruangmuda 23-11-2017 08:01 PM
Edited by beruangmuda at 23-11-2017 08:27 PM

Chuols digalakkan untuk:

  • Tidak menyebarkan RUMOURS!
  • Chuols voley hencap reputz hanjeng yang memfitnah Fattzura
  • Mengucapkan beribu-ribu tahniah
  • Shipping? Dengan tunang sheols jahhhh! Jangan ship sheols dengan Budiey yachhh!!
  • Hupdate Latest News & Articles pasal Faz
  • Hupdate gambar faz yang lawo-lawo, throwback pun voley
  • Suke hati chuols la yang penting jangan over yach

Quote beruangmuda 23-11-2017 08:01 PM
Edited by beruangmuda at 25-11-2017 07:49 PM

'Saya nampak masa depan saya di mata Fattah' - Fazura





Madiha Abdullah, Astro Awani |  Diterbitkan pada November 23, 2017 20:13 MYT

KUALA LUMPUR: "Saya nampak masa depan saya di mata Fattah," itu yang diucapkan Nur Fazura berhubung hubungannya dengan Fattah Amin.

Mengakui sikapnya yang degil dan terlalu mementingkan kerjaya, ajakan Fattah untuk menghalalkan hubungan mereka pernah dipandang sepi Fazura.

"Saya berfikir panjang tentang hubungan saya dengan Fattah tetapi apabila dia hantar keluarga untuk merisik, hati saya terbuka untuk menerimanya," kata aktres yang berusia 34 tahun itu.

Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, bagaimanapun kesal dengan laporan-laporan yang disifatkan kurang beretika oleh beberapa media tentang hubungan mereka.

"Kita masyarakat Timur, jadi saya merasakan tindakan seperti menyebarkan gambar-gambar rumah keluarga saya sangat tidak patut dilakukan.

"Apapun saya hargai kesabaran semua pihak menunggu kami balik dari mengerjakan umrah," kata Fazura.

Fattah, 27 tahun memberitahu, keputusan merahsiakan pertunangan mereka adalah keputusan yang diambil bersama keluarga.

"Kami mahu fokus kepada ibadah umrah. Jika berita pertunangan ini diumumkan ketika itu, mungkin tumpuan kami akan terganggu," katanya.

Pasangan itu yang mula rapat selepas terbabit dalam drama Hero Seorang Cinderella  mengumumkan sudah bertunang 13 November lalu dua hari sebelum berlepas ke Mekah.

Buat masa ini, tarikh pernikahan belum ditetapkan namun dirancang akan dilangsungkan dalam masa terdekat.

Sumber: Astro Awani


Quote beruangmuda 23-11-2017 08:01 PM
Edited by beruangmuda at 23-11-2017 09:30 PM

Balik umrah Fazura kekal berhijab?

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI & HASLINA KAMALUDIN 23 NOVEMBER 2017

AKTRESS Nur Fazura mahu peminat mendoakannya kekal istiqamah untuk tampil dengan imej berhijab selepas ini.

Manis bertudung putih dengan sepersalinan baju kurung moden pada sidang media khasnya hari ini, Fazura berkata, beliau sememangnya berniat ke arah itu.

"Doa yang baik-baik, Insya-ALLAH satu hari nanti, namun pada masa ini, saya masih terikat dengan komitmen kerja yang telah ditandatangani sebelum ini," .

Sidang media khas itu diadakan sejurus pasangan ini tiba dari Tanah Suci setelah selamat menunaikan ibadah umrah bersama keluaraga masing-masing.

Pelbagai spekulasi timbul sejak minggu lalu apabila pasangan kekasih itu dikatakan sudah bernikah sebelum menunaikan umrah.

Sumber: Sinar Harian


Quote beruangmuda 23-11-2017 08:01 PM
Edited by beruangmuda at 23-11-2017 09:32 PM

Fattah, Fazura rancang hari bahagia
Oleh Hanisah Selamat dan Farihad Shalla Mahmod
[email protected]


KUALA LUMPUR: Pasangan sensasi, Fattah Amin, 27 dan Nur Fazura Sharifuddin, 34, mengesahkan bertunang pada 13 November lalu serta menangkis dakwaan sudah bernikah seperti yang hangat diperkatakan di laman sosial.

Fattah berkata, mereka sedang menguruskan pelbagai perkara, termasuk dokumen pernikahan serta bakal menghadiri kursus perkahwinan sebagai persediaan bergelar suami isteri pada tarikh yang belum ditetapkan lagi.


"Kami sudah bertunang dan majlis merisik diadakan pada hari sama pada 13 November lalu di kediaman nenek Fazura di Petaling Jaya, Selangor.

"Ia majlis tertutup atas permintaan keluarga kedua-dua pihak.

"Memang sejak awal kami sudah merancang untuk menghebahkan berita gembira ini kepada media dan peminat selepas pulang dari Makkah, tetapi ada pihak yang membuat spekulasi lebih awal hingga membuatkan ramai tertanya-tanya.

"Kami ingin mengesahkan tiada majlis pernikahan seperti yang tersebar di media dan laman sosial dalam tempoh dua minggu kami di Makkah," katanya pada sidang media khas di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.

Pasangan yang hadir sedondon dalam persalinan putih itu dikatakan terus bergegas ke hotel selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang, kira-kira jam 4 petang tadi.

Ditanya mengenai perancangan majlis pernikahan, kata Fattah, ia belum diputuskan tetapi akan diadakan secara tertutup untuk keluarga terdekat.

Fattah menambah, majlis resepsi dirancang awal tahun depan.\


Sumber: Berita  Harian
Quote dserenity9 23-11-2017 08:02 PM
tahinah faz..semoga dipermudahkan segala urusan..
Quote hzln 23-11-2017 08:03 PM
Har har har lagu tema tred ini sungguh lucu dan tidak akan pernah lapuk dek hujan kelucuannya buri buribu taniaaaa yemaisi sudaaa birjayaaaa
Quote lovezy 23-11-2017 08:04 PM
iols check in lah yer...
Quote minime88 23-11-2017 08:05 PM
nak ckp jugak fazura looksss soooooo gorgeous masa press conference tadi. And and the way she speaks...omg...fazura fazura u are a darling super super gorgeous, smart, very articulate and everything...lotsss of loveee
Quote lovezy 23-11-2017 08:09 PM
ok penat dah melahar poromer yg kurang kasih syg..jom nak speku bila fattzura nikah..iols rasa december sebab iols ingat fattah ada cakap december nnt nak bercuti bersama family..sebelum cuti tu nikah la kot eh..terus g honeymoon
Quote urban_ann 23-11-2017 08:12 PM
lovezy replied at 23-11-2017 08:09 PM
ok penat dah melahar poromer yg kurang kasih syg..jom nak speku bila fattzura nikah..iols rasa decem ...

Semoga tempat dia honeymoon sama dgn tmpt i bercuti ...Amiin
Quote sepitsiput 23-11-2017 08:15 PM
maafkan meolss
Quote separasedar 23-11-2017 08:15 PM
Adoiiiii bambearrrrr xde lagu lain kaaa
Quote IanDee 23-11-2017 08:16 PM
Ok td tgk igstory budiey macam ada Faz unplugged session kat Astro this coming 27th at 11pm. @beruangmuda ke sape2 takde nampak advertisement ke? I'm not too sure whether mmg betul ke Fazzy's session on that date.


Quote separasedar 23-11-2017 08:17 PM
sepitsiput replied at 23-11-2017 08:15 PM
maafkan meolss

Kena buat maaf secara terbuka ye. Kena letak kat FB jgk n jd front page kt utusanmeloya. Ingat dh bersara
Quote airmasak 23-11-2017 08:18 PM
Masuk kebenang baru dgn sekali lg mengucapkan beribu ribu tahniah, beribu ribu tahniah FattZura da bertunang!! Aduh da melekat pulak lagu tu.. nyesal i tengok vid bambear beribu2 taniah..
Quote Piramida 23-11-2017 08:19 PM
Kan abam Tah dah pesan...dengar dari mulut mereka berdua saja ok.
Tak sabarnyaaaa nikah nanti!
Quote separasedar 23-11-2017 08:20 PM
lovezy replied at 23-11-2017 08:09 PM
ok penat dah melahar poromer yg kurang kasih syg..jom nak speku bila fattzura nikah..iols rasa decem ...

Biar je chuols. Takde pekdah nye. Kalau dh hati hitam, x blh buat ape dh. Kt youtube budiey td pon byk je carutan.
Jgn rosakkan nama chuols tu. Biar wangi je selalu
Quote vous_me6 23-11-2017 08:20 PM
Eh Malaysia
[ig]https://www.instagram.com/p/Bb1bpeshKoG/[/ig]
Once again congratulations Fazura and her fiancé Fattah amin

Screenshot_2017-11-23-20-17-33.jpg
Screenshot_2017-11-23-20-17-49.jpg
Screenshot_2017-11-23-20-18-05.jpg
Screenshot_2017-11-23-20-18-20.jpg
Quote HannahMontana 23-11-2017 08:21 PM
sooooooooooooooooooooooooooo whatttttttttttttttttttttttttttt??????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Lihat semua komen(2488)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.662848 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top