CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Direnjat Elektrik Ketika Cuci Lori

30-11-2017 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4081| Komen: 29

Seorang lelaki direnjat elektrik ketika mencuci lori di Kampung Bungin, kelmarin, lapor Harian Metro.


Foto: Harian Metro


Menurut laporan, kejadian jam 1.50 tengah hari itu berlaku akibat masalah pendawaian pada lori berkenaan yang turut menyebabkan kenderaan terbabit disambar api.

Mangsa, Gander Denggang, 40, dikejarkan ke Klinik Kesihatan Spaoh sebelum dirujuk ke Hospital Betong untuk rawatan lanjut.

Sebelum kejadian, selepas selesai membawa muatan pasir ke tempat kerjanya, mangsa yang juga pekerja sebuah syarikat pembinaan itu berhenti di kampung berkenaan untuk mencuci lorinya, kata Henry Jugah, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong.


Malangnya, ketika mencuci bahagian depan lori, berlaku masalah pendawaian hingga menyebabkan arus elektrik mengalir pada permukaan lori yang dicuci.

“Mangsa bernasib baik sempat menyelamatkan diri, bagaimanapun bahagian hadapan kenderaan itu musnah terbakar.

“Kami menerima panggilan kecemasan jam 1.59 tengah hari berhubung kejadian dan mengambil masa 20 minit untuk memadam kebakaran.

“Operasi tamat jam 2.50 petang, manakala anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya. - CARI
15

Bagus
12

Marah
23

Terkejut
12

Sedih
16

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 30-11-2017 10:57 AM
mujur tak meninggal dunia... so mcmne dia di hospital?
Quote MH3707 30-11-2017 11:02 AM
isk...bahayo nya...nasib tak apa2
Quote Jorja 30-11-2017 11:08 AM
Boleh cuci kereta ke kalau enjin masih panas.. jalan jauh
Quote felinecat 30-11-2017 11:18 AM
cuci lori sambil dengar radio ke..kesiannya, ade insurans kebakaran x lori tu,  burn teruk tu
Quote zulka 30-11-2017 11:29 AM
Jorja replied at 30-11-2017 11:08 AM
Boleh cuci kereta ke kalau enjin masih panas.. jalan jauh

boleh tu boleh, tapi ini la akibatnya nanti...
bukan lori sahaja, kete pun sama...sebab tu aku tak galakkan org pegi masuk carwash drive thru...tapi kalau nk jahanamkan kete silakan
Quote Andyscenes 30-11-2017 11:34 AM
zulka replied at 30-11-2017 11:29 AM
boleh tu boleh, tapi ini la akibatnya nanti...
bukan lori sahaja, kete pun sama...sebab tu aku ta ...

Tq for info. Hehe
Quote CiliPadiSedap 30-11-2017 11:34 AM
kalau elektrik kena air boleh terbakar ye? first time tahu
Quote zulka 30-11-2017 11:41 AM
CiliPadiSedap replied at 30-11-2017 11:34 AM
kalau elektrik kena air boleh terbakar ye? first time tahu

taktau ke air tu pengalir letrik? ke buat2 taktau
Quote zulka 30-11-2017 11:44 AM
CiliPadiSedap replied at 30-11-2017 11:34 AM
kalau elektrik kena air boleh terbakar ye? first time tahu

ko amik streka on kan power masukkan dlm tab mandi, pastu ko masuk dlam tengok apa jadi  
Quote CiliPadiSedap 30-11-2017 11:44 AM
zulka replied at 30-11-2017 11:41 AM
taktau ke air tu pengalir letrik? ke buat2 taktau

tahu mengalir, tapi tak tahu sampai boleh buat terbakar.

Quote CiliPadiSedap 30-11-2017 11:46 AM
zulka replied at 30-11-2017 11:44 AM
ko amik streka on kan power masukkan dlm tab mandi, pastu ko masuk dlam tengok apa jadi

baca balik artikel tu. lori terbakar bukan lori dalam tab mandi
Quote prettyuglybabe 30-11-2017 11:58 AM
zulka replied at 30-11-2017 11:29 AM
boleh tu boleh, tapi ini la akibatnya nanti...
bukan lori sahaja, kete pun sama...sebab tu aku ta ...

erk.. kita selalu masuk carwash, tunggu dalam kereta dengan enjin on masa tengah cuci..
bahaya ek gini?
Quote zulka 30-11-2017 12:02 PM
Edited by zulka at 30-11-2017 12:03 PM
prettyuglybabe replied at 30-11-2017 11:58 AM
erk.. kita selalu masuk carwash, tunggu dalam kereta dengan enjin on masa tengah cuci..
bahaya ek ...

bahaya pada enjin, besi panas di tuang air apa jadi?..
byk kes manifold crack...sebab ni la...enjin panas2 gi basuh kete
Quote prettyuglybabe 30-11-2017 12:03 PM
zulka replied at 30-11-2017 12:02 PM
ist bahaya pada enjin, besi panas di tuang air apa jadi?..
byk kes manifold crack...sebab ni l ...

baik la.. confirm tak buat lagi dah
Quote matamata 30-11-2017 03:07 PM
DC current 12/24V tak mampu bunuh org, tp mmg blh sebabkan kebakaran
Quote SecretLuv 30-11-2017 03:43 PM
zulka replied at 30-11-2017 12:02 PM
bahaya pada enjin, besi panas di tuang air apa jadi?..
byk kes manifold crack...sebab ni la... ...

Kalau air hujan pulak macam mana?
Quote zulka 30-11-2017 04:02 PM
SecretLuv replied at 30-11-2017 03:43 PM
Kalau air hujan pulak macam mana?

air hujan dari atas, bukan direct ke enjin, dia akan hit bonet dulu, then manifold cover, kalau nasib baik tak kena pun kat manifold...
kalau kat carwash air dtg dari peplbagai arah...atas bawah kiri kanan.....btw kalau manifold awak crackpun bukan sedar pun.....kalau jenis driver isi minyak dan drive sahaja memang takkan sedar..tapi kesan2 daripada crack tu akan dtg juga nanti....
Quote moonbug 30-11-2017 04:25 PM
zulka: boleh tu boleh, tapi ini la akibatnya nanti...bukan lori sahaja, kete pun sama...sebab tu aku tak galakkan org pegi masuk carwash drive thru...tapi ka ...


Oo baru tahu. Thanks sbb share kat sini
Quote moonbug 30-11-2017 04:25 PM
Syukur umur dia still panjang, lori je terbakar

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.177675 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top