Sungguh mengerikan! Lelaki Rusia maut ketika bom tangan dipegangnya meletup selepas menarik picunya untuk berswafoto. Memetik The Sun, Alexander 'Sasha' Chechik, 26, mati di tempat kejadian hanya beberapa saat selepas menghantar gambarnya bersama bom tangan itu kepada rakannya.
Malangnya, tindakan 'bodohnya' itu mengundang padah apabila bom berkenaan meletup serta-merta hingga sebahagian tubuhnya bersepai. Siasatan awal polis percaya Chechik tidak berniat membunuh diri berdasarkan perbualannya dekan rakan. Beberapa ketika sebelum kejadian, seorang rakan menghantar pesanan kepadanya; "Awak di mana? OK ke tak?"
"Bergantung kepada 'OK' macam mana yang awak maksudkan tu," balas Chechik. Chechik kemudian menghantar gambar berkenaan selepas mencabut pinnya. Bimbang dengan keadaan Chechik, rakannya cuba menghalang lelaki itu daripada melakukan sesuatu yang bodoh. "Dengar sini, jangan buat benda bodoh. Awak di mana?" Polis percaya lelaki itu menyangka bahawa bom berkenaan tidak akan meletup selagi dia tidak melemparnya. - CARI
|
13
Bagus |
10
Marah |
13
Terkejut |
13
Sedih |
10
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
saladin780 replied at 30-11-2017 01:38 PM
Cash la kan...
Jgn la ada yg tepek gmbr mayat bersepai kat sini
ADVERTISEMENT