KANSER! Mendengar namanya sahaja sudah membuatkan kira berasa sangat takut. Apalagi menghadapi penyakit ini. Penyakit kanser adalah sebahagian penyakit kronik yang menyumbang kepada kematian.
Lebih-lebih lagi jika anda mangambil makanan yang tidak sihat. Berikut adalah beberapa makanan yang harus kita hindari bagi mencegah kanser: 1. Masakan daging Masakan daging yang tinggi lemak dan garam adalah penyebab kanser. Pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan badan kita mengandungi lemak berlebihan dan ini akan menyumbang kepada penyakit kanser. 2. Popcorn Popcorn atau bertih jagung adalah antara makanan segera yang diminati ramai. Lebih-lebih lagi bila memakannya ketika menonton wayang. Tapi adakah anda tahu bahawa popcorn mampu menjadi punca kepada penyakit kanser? Bahan kimia yang terkandung dalam popcorn mampu merosakkan peparu dan penyebab kepada kanser. Bahan kimia ini juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kemandulan dan kanser testis sekiranya anda mengambilnya secara berlebihan. 3. Minuman alkohol Ramai yang tahu makanan atau minuman beralkohol adalah sumber utama penyakit kepada tubuh manusia sekiranya diambil secara berlebihan. Kalau anda nak tahu, minuman beralkohol adalah penyebab kedua terbesar kepada kanser selepas tembakau. 4. Minuman berkarbonat Minuman berkarbonat boleh menyumbang kepada kanser jika diminum secara berlebihan. Minuman berwarna-warni sudah tentu mengandungi banyak gula, bahan kimia makanan dan pewarna yang mampu menyumbang kepada kanser. 5. Makanan dalam tin
Lapisan dalam tin yang digunakan untuk bungkusan makanan biasanya menggunakan bahan kimia bisphenil-A atau BPA. Bahan kimia ini sangat beracun bagi tubuh manusia dan mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kanser dalam tubuh kita. Jadi, hati-hati dalam memilih makanan anda. Fikir dulu sebelum makan.- CARI |
5
Bagus |
2
Marah |
8
Terkejut |
7
Sedih |
3
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fara7351 replied at 2-1-2018 02:55 PM
Popcorn? Ohemgee
cewekbopot replied at 2-1-2018 02:59 PM
aduhai selama ni aku anggap popcorn la yg agak slamat sikit nk makan...andaian takde pengawet baga ...
CardiGans85: Mknn berasakan jagung mmg fav me..pop corn ni sedap kot..garret..garret
ADVERTISEMENT