Kaki pulau mesti pernah jejak lokasi ini. Jika tak pernah sampai sekalipun, pasti pernah terdengar nama Pulau Boracay, Filipina yang sangat ‘in’ sekarang.
Terletak 315km dari Manila, nyata ia antara pulau yang cantik hingga digelar krabi versi Filipina. Apa yang syok? Pasir putihnya yang bersih, air laut yang jernih dan segar menjadikan ia destinasi wajib bagi individu yang menghargai anugerah alam. Pertengahan tahun 2017, dua pantai di Boracay iaitu Yapak dan White Beach menjadi pilihan Traveler’s Choice TripAdvisor di Asia dek terkenal dengan kerangan yang cantik serta spot menarik menikmati ‘sunset’ yang magis.
Selain itu, Boracay juga menang pulau terindah versi Travel Leisure’s Worlds Best Island 2017. Sebelum itu pada tahun 1990, Boracay dipilih antara pantai terbaik di dunia oleh BMW Tropical Beach Handbook dan juga oleh TV Quick pada tahun 1996. Nak buat apa di sana? Jelajah Pesisir Boracay dengan mengayuh basikal atau motosikal, berenang ‘parasailing’, ‘windsurfing’, ‘island hoping’, ‘cliff jumping’ di Magic Island, berenang di permukaan gua kecil, menikmati kehidupan dasar laut menerusi ‘snorkeling’ dan melihat matahari terbenam dari atas kapal layar yang dipanggil ‘parau’. Pernah lihat binaan pasir yang hebat? Anda boleh bergambar dengan binaan sedia ada yang telah dibuat oleh kanak-kanak yang ‘mencari rezeki’ di sini. Jadi, sedekah sahaja kepada mereka yang terdiri dari anak muslim Mindanao dan bangsa lain. Pasti ia memberi kegembiraan kepada mereka. Seperti Bali, Orang Boracay Menguasai Bahasa Inggeris Tidak seperti penduduk Filipina lain, orang Boracay sering bertemu pelancong, jadi mereka lebih cekap berbahasa Inggeris. Jadi, tak perlulah beriya-iya belajar bahasa Tagalog! Ya, iklim Filipina memang tidak menentu seperti sering dilanda bencana alam. Namun anda pastikan anda membaca ramalan cuaca sebelum bercuti di sana. Jadi, dengan semua pilihan popular ini, pastinya anda tidak mahu ketinggalan dengan menjadikannya ‘wishlist 2018’. - CARI
|
17
Bagus |
16
Marah |
8
Terkejut |
13
Sedih |
15
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
akik replied at 28-12-2017 12:37 PM
Aduhh air asia dah cancel route kalibo effective April 2018! Sedihnya flight kena cancel ...alternat ...
zaziot replied at 2-1-2018 04:01 PM
so cane tu..AA xbg replacement flight ke
akik replied at 3-1-2018 04:54 PM
Tak ada, kena cari sendiri. Macam terpaksa cancel je Boracay September ni sebab kalau pergi naik P ...
zaziot replied at 4-1-2018 07:52 AM
kalau ke boracay tic offer dia bpe rm
akik replied at 4-1-2018 09:19 AM
Time beli kat airasia haritu rm500+ termasuk hotel. Beza kot harga.
zaziot replied at 4-1-2018 10:21 AM
wuii, tu bapak beza tu
akik replied at 4-1-2018 10:22 AM
Kan sis? rm2-3K tu baik aku top up duit pergi maldives je kahkah
zaziot replied at 4-1-2018 10:24 AM
aritu ada sj try ke maldives dpt sorang 600++
ADVERTISEMENT