CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lelaki Ini Perlukan 20 Liter Air Sehari Untuk Hilangkan Dahaga..

4-12-2017 02:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5914| Komen: 32|Original author: Oleh: Adib Za

Jika orang lain mahu habiskan 1 liter air pun bagaikan 'bercinta' dan sukarnya, namun bagi lelaki dari Jerman ini lain pula halnya.

Memetik Oddity Central, Marc Wubbenhorst seorang arkitek perlu minum sekurang-kurangnya 20 liter air setiap hari bagi mengelakkan badannya daripada dehidrasi. 


Dia yang kini berusia 35 tahun dikatakan mengalami penyakit yang 'rare' dipanggil Diabetes insipidus yang menyebabkan pesakit berasa dahaga akibat membuang air kecil dengan sangat kerap. 


Jika dia berhenti minum air, badannya akan mula dehidrasi dan dia boleh maut akibat kehausan hanya dalam beberapa jam sahaja. 

Dikatakan juga dalam masa 24 jam, Marc perlu membuang air kecil hampir 50 kali!


Dalam masa sejam sahaja, jika Marc tidak minum air dia akan mengalami simptom seperti kekurangan air yang teruk seperti bibir merekah, pening dan keliru. 

Mengalami penyakit tersebut sejak zaman kanak-kanak lagi, Marc cuba hidup seperti kanak-kanak lain dan mengalami tekanan perasaan serta kemurungan yang serius. 




“Saya mengalami tekanan perasaan kerana terlalu letih dengan keadaan ini.

“Saya tidak mahu pergi ke sekolah, melukis atau melihat perarakan,” katanya. 

Memetik laporan My Virtual Medical Centre, penyakit Diabetes insipidus ini menyerang 1 dalam 25,000 orang di seluruh dunia. 

Foto Carian internet
Kini lelaki ini lebih banyak menghabiskan masa di bandar kelahirannya, Bielefeld kerana sukar bergerak ke lokasi yang jauh demi kesihatannya. - CARI 
2

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 4-12-2017 03:05 PM
siannya
tp laki.senang
ba wa 20 botol
2 kosong..buang air dlm.tu je kalau.jalan.jauh...
Quote mieymiey 4-12-2017 03:12 PM
I nak minum 1.5L sehari pun susah.
Quote batmana 4-12-2017 03:31 PM
pesal air tu warna teh

Quote miemiecha 4-12-2017 03:45 PM
air ke arak? ok teh bunga mungkin
Quote idakamaruddin 4-12-2017 03:53 PM
mmg pn dia x patut duduk jauh dr tmpt kelahiran dia

bygkan kalau dia duk msia lg2 selangor mgkn dia akan mati sbb air asik tak de je

Quote matchstick 4-12-2017 04:04 PM
Kesiannya..nk tdo pun x nyenyak kalu dh setiap jam nk kena ke tandas
Quote shalin2011 4-12-2017 04:32 PM
aku time pregnant pun dah stress asyik ulang alik toilet p kencing, ni kalau jadi macam mamat ni mau kemurungan terus aku..
Quote supernaturalee 4-12-2017 04:37 PM
Dlm sejam 2@3 kali kencing

Mesti letih anu die
Quote capiloton 4-12-2017 05:26 PM
macam aku, tapi takde la heavy macam nih.
kena sentiasa minum air, sehari kena minum air banyak.
sebab badan cepat panas, n asik berpeluh. bibir cepat kering.
pernah gak bila peluh kering, baju kat kat badan ada macam serbuk putih.
nampak macam garam halus pun iyer.
kalau ada doc terbaca kat sini, sila komen.
aku tak tau benda ni  normal ker ape.
Quote merrissa 5-12-2017 10:06 AM
shalin2011 replied at 4-12-2017 04:32 PM
aku time pregnant pun dah stress asyik ulang alik toilet p kencing, ni kalau jadi macam mamat ni mau ...

kannn...stress aku asik ke bilik air
Quote chazey 6-12-2017 05:47 AM
capiloton replied at 4-12-2017 05:26 PM
macam aku, tapi takde la heavy macam nih.
kena sentiasa minum air, sehari kena minum air banyak.
s ...

Chuol boleh terai tanya:

@ipes2
@addamnor
@jasmeen
@axl_bach

Ingat nicks tu je. Ada lagi ni geng doktor ni tapi tak ingat nick depa.
Quote ipes2 10-12-2017 04:14 AM
chazey replied at 6-12-2017 05:47 AM
Chuol boleh terai tanya:

@ipes2

mekasih Kak Chazey

OK je lah tuh
awak sihat je kan?


ade la sejenis penyakit
nama dia Diabetes Insipidus
masa sy wat neurosurgery dulu, ha byk gakla jumpa DI ni
kita letak pesakit dlm bilik khas
yg takde sink, takde pasu bunga etc
Quote ipes2 10-12-2017 04:20 AM
chazey replied at 6-12-2017 05:47 AM
Chuol boleh terai tanya:

@ipes2

hah dah baca dah kes kat atas tu
mmg DI pon

ada gak pesakit yg dapat dipsogenic DI (rare)
ni byk gak kerana mental illness

pesakit kami sorang ni dulu gitu
muda lagi awek ni
tapi dia agak tak betul sikit
mmg nurses kena monitor betul2 nicola ni
sbb dia akan minum jugak minum jugak
satu ari dia dapat seizure and died dlm ward
mmg psych penat buat case conference pasal dia
mcm mcm usaha kita
that was 2011
Quote addamnor 14-12-2017 09:26 PM
hyperhydrosis may be?

not my field so i m not the best to give the opinon, coz i am gonna be general. please see endocrinologist / internal medicine physician for further asssistant
Quote addamnor 14-12-2017 09:27 PM
capiloton replied at 4-12-2017 05:26 PM
macam aku, tapi takde la heavy macam nih.
kena sentiasa minum air, sehari kena minum air banyak.
s ...

hyperhydrosis may be?

not my field so i m not the best to give the opinon, coz i am gonna be general. please see endocrinologist / internal medicine physician for further asssistant
Quote sekngucing 14-12-2017 09:37 PM
Jika orang lain mahu habiskan 1 liter air pun bagaikan 'bercinta' dan sukarnya,

apa maksud ayat ni?  boleh tak penulia guna bahasa melayu standard...
Quote moonbug 14-12-2017 10:39 PM
ipes2 replied at 10-12-2017 04:14 AM
mekasih Kak Chazey

OK je lah tuh

Buat apa letak pesakit DI ni dalam bilik mcm tu?
Quote capiloton 15-12-2017 03:43 PM
addamnor replied at 14-12-2017 09:27 PM
hyperhydrosis may be?

not my field so i m not the best to give the opinon, coz i am ...

thanks @addamnor
Quote Burong_Hantuk 15-12-2017 04:59 PM
moga ketemu penawar supaya sembuh sakitnya

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.222909 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top