Berapa minit anda sempat melihat pelangi selepas hujan? 5 minit? 20 minit? Ada sesetengah tempat merekodkan paling lama pun sejam.
Namun berbeza di Taiwan yang mencatatkan masa iaitu 9 jam! Fenomena luar biasa itu direkodkan oleh dua profesor Sains Atmosfera Chinese Culture University (CCU), Prof. Chou Kun-hsuan dan Prof. Liu Ching-huang sambil disaksikan oleh pelajar dan kakitangan CCU.
Ia dicatat bermula jam 6.57 pagi hingga 3.55 petang waktu tempatan. “Menakjubkan, saya rasakan ia anugerah dari langit. Malahan ia jarang-jarang berlaku,” kata Prof Chou kepada BBC. Menurut Chou lagi, sebanyak 10,000 keping gambar dirakam oleh jabatan atmosfera itu sendiri, tidak termasuk gambar dan video persendirian yang direkodkan oleh individu yang berada di sana. Ia sekali gus memecah rekod pelangi paling lama yang dicatatkan dalam Guinness World Records sebelum ini, iaitu enam jam di Yorkshire, England pada 14 Mac 1994. Dipercayai musim hujan di Taiwan ketika ini adalah punca fenomena alam itu bertahan lama. Lagi pula Taipe yang terletak di bahagian utara menerima hujan yang lebih kerap. Pelangi adalah fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia adalah satu lengkung berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. - CARI
|
10
Bagus |
18
Marah |
13
Terkejut |
8
Sedih |
9
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kucen_miang replied at 27-12-2017 12:36 PM
org tua2 dulu2 kata tak leh tunjuk pelangi, nnt jari kudung. kalo tertunjuk puih puih ludah jari. :l ...
ADVERTISEMENT