CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Eh, Tekan-tekan Pun Boleh Kurus.. Jom Cuba!

5-12-2017 03:36 PM| Diterbitkan: Cari-Norlili| Dilihat: 4648| Komen: 10|Original author: Oleh: Norlili

Susahnya bila diri obes atau dengan kata lain gemuk, nak swafoto pun kena cari sudut-sudut menampakkan tubuh kurus dan langsing. Baju fesyen terkini yang lebih cantik kebanyakan untuk golongan berbadan S-M. 


Aduhai, sedihnya rasa macam didiskriminasi pula untuk mereka bertubuh gempal ni. 



Walaupun bermacam cara dah dibuat untuk menguruskan badan termasuk berdiet dan sebagainya, namun masih belum mencapai kehendak berat diingini. Bukan senang ya, mahu menahan diri dari nafsu makan yang berlebihan. 


Menurut sebuah kajian seperti dipetik Liputan6.com, terdapat 5 titik ajaib di tubuh kita yang berupaya mengurangkan rasa lapar dan membantu membentuk berat badan ideal. Wah, menariknya! 


Di mana 5 titik ajaib tu? 

Pertama, di tulang muka kecil bahagian dalam telinga. Percaya atau tidak dengan menekannya selama 3 minit, 2 kali sehari anda dapat mempercepatkan metabolisma dan mengurangkan kelesuan tubuh. 



Titik ajaib seterusnya adalah di lekukan kecil di bawah hidung. Tekan di situ selama 5 minit, 2 kali sehari, nescaya akan dapat mengurangkan rasa lapar dan perasaan gelisah.  



Yang ketiga, letak empat ruas jari di lutut dan tekan bahagian tersebut sekuatnya dengan gerakan memutar selama 4 minit, 2 kali sehari. Tindakan ini dikatakan dapat melancarkan sistem penghadaman dan mengurangkan simptom kekejangan ketika senggugut.



Titik seterusnya adalah di bahagian dalam siku, iaitu di lekukan dalam siku. Tekan bahagian berkenaan selama satu minit, sebanyak 2 kali sehari kerana ia mampu mengecilkan bengkak dan meningkatkan usus bekerja.



Dan yang terakhir, picit dan tekan buku lali dengan ruas jari telunjuk selama 1 minit, sekali sehari untuk mendapatkan berat badan yang lebih ideal. 


Mudahnya! Hanya tekan-tekan titik ajaib di badan sendiri seperti ini, dah boleh dapat berat badan yang ideal. Cuma antara malas dan rajin saja lah kan? Dah baca, jangan lupa pula untuk mencuba tip ini tau! - CARI
12

Bagus
2

Marah
10

Terkejut
4

Sedih
12

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote @chik 6-12-2017 09:39 AM
Iya ke.....
Quote @chik 6-12-2017 09:40 AM
Boleh la cuba...
Quote yangsemb 28-12-2017 09:45 PM
Wahhhhh...betul ke nii {:childlike
Quote ipanimanz1 30-12-2017 07:36 PM
hahaha...bleh caya ka dak ni
Quote xyura 3-1-2018 11:00 AM
wow senang jek
Quote Sai_psiko 3-1-2018 12:43 PM
Da ada yang try ke?
Quote Sai_psiko 3-1-2018 12:43 PM
Da ada yang try ke?
Quote me.me 5-1-2018 09:21 AM

im also curious..
Quote mrsqueen 10-1-2018 05:25 AM
sape dh try n berjaya dtg sini komen ye
Quote lampardterry14 3-11-2018 07:59 AM
Ada jumpa tips menarik kat dalam blog ni...cara2 yang dilistkan agak mudah je nak ikut..jadikan rule...harap bermanfaat >> https://doktorkurus.blogspot.com ... hingga-10-hari.html

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.057293 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top